Tiada Permohonan Nikah Lagi

Share This:

 

Baru-baru ini kecoh yang mengatakan mereka bakal bernikah berikutan keduri yang diadakan di rumah nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya.

 

Namun,Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling dikatakan tidak menerima sebarang permohonan pernikahan daripada pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura setakat ini.

 

Jurucakap PAID Petaling berkata, untuk pasangan yang hendak melangsungkan pernikahan permohonan itu perlu dikemukakan kepada pejabat agama Islam daerah di mana seseorang itu bermastautin.

 

Bagaimanapun katanya, tiada permohonan nikah diterima daripada artis berkenaan.

 

“Sehingga hari ini (semalam) kami tidak menerima sebarang permohonan nikah daripada mereka.

 

“Kita pun ada dengar mengenainya (spekulasi kedua-dua pelakon itu bernikah) namun setakat ini tiada apa-apa permohonan lagi,” katanya, hari ini.

 

Kedua-dua pelakon itu didakwa bernikah malam tadi pada satu majlis tertutup di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya.

 

Bagaimanapun Pengurus Fattah Amin, Sakirin Shak atau Acha mengesahkan majlis itu adalah kenduri dan doa selamat sempena kedua-duanya mengerjakan umrah.

 

 

Kedua-dua pelakon berkenaan berlepas ke Tanah Suci kira-kira jam 12.10 tengah hari tadi menerusi pesawat Saudi Arabian Airlines SV841 bagi menunaikan umrah bersama keluarga terdekat.

 

Turut sama mengerjakan umrah adalah ibu dan bapa Fattah Amin selain ibu, adik serta bapa saudara Fazura.

 

Menurut sumber,mereka dijangka pulang ke tanah air pada 23 November ini dan akan mengadakan sidang media selepas itu.

 

Sebelum ini tersebar khabar angin Fattah, 27, dan Fazura, 34, memilih 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat.

 

Hubungan rapat antara Fazura dan Fattah Amin terjalin sejak berganding bersama dalam drama berjudul Hero Seorang Cinderella.

 

Sejak itu timbul gosip mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*