Stesen Angkasa China Bakal Terhempas di KL, Ini Penjelasan Sebenar

Share This:

Ramai yang mula berasa ketakutan selepas adanya laporan tentang Stesen Angkasa China Tiangong-1 bakal terhempas di bumi Malaysia termasuklah Kuala Lumpur.

Namun, usah gusar dahulu. Menurut Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad kemungkinan  Tiangong-1 jatuh di Malaysia adalah sangat rendah.

“Berdasarkan kiraan, luas kawasan yang dirangkumi 43 darjah utara hingga ke 43 darjah selatan melibatkan banyak negara lain di dunia termasuk Malaysia, khususnya Kuala Lumpur, Singapura, Sydney, Florida dan Beijing.

“Kebarangkalian untuk Kuala Lumpur menjadi tempat jatuhnya serpihan adalah kecil iaitu kira-kira 0.0000699 peratus dan Malaysia pula hanyalah 0.09 peratus,” kata beliau memetik laporan Astro Awani.

Menurut kenyataan itu lagi, kebanyakan komponen dan struktur daripada Tiangong-1 akan musnah terbakar semasa pergeseran dengan atmosfera dan risiko untuk serpihan itu mendatangkan kerosakan terhadap aktiviti di bumi termasuk penerbangan adalah sangat rendah.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*