Siswi Indonesia Tikam Bayi Luar Nikah Yang Baru Dilahirkannya

Share This:

Di Indonesia, seorang pelajar universiti di sana sanggup menikam seorang bayi tak berdosa yang dilahirkannya kerana rasa malu melahirkan seorang anak di luar pernikahan.

Laporan Warta Ekspres menyebut, siswi Universiti Muhammadiyah Purwokerta (UMP) Fitrianti Wibowo, 20, menikam bayi itu di bilik hostel yang disewanya.

Perbuatan kejam suspek terbongkar selepas seorang wanita, Dian Seotiani mendengar bunyi tangisan dari bilik Fitrianti.

Dian kemudian melaporkan perkara tersebut kepada pemilik hostel, Pujiati.

Pujiati dan suaminya kemudian pergi ke bilik Fitrianti dan menemui mangsa dalam keadaan kritikal di hadapan tandas.

Suspek ketika itu berada di dalam tandas.

Laporan pemeriksaan perubatan mengatakan bayi itu ditikam beberapa kali menggunakan gunting sehingga terburai usus.

Beberapa kesan cakar juga ditemui di belakang bayi tersebut, dipercayai dilakukan oleh suspek.

Mangsa kini dirawat dan dijaga di hospital Magoro Soekarjo.

Sementara itu, beberapa media tempatan Indonesia melaporkan suspek maut ketika sedang menerima rawatan di hospital lain.

Siasatan masih dijalankan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*