Pogba Bawa Dybala Ke Old Trafford?

Share This:

AUL POGBA mengejutkan penyokong Manchester United ketika memuat naik gambar Paulo Dybala selepas menghubungi pemain tersebut.

Pogba menghubungi bekas rakan sepasukan di Juventus itu untuk memberi ucapan sempena ulang tahun hari lahirnya.

Namun selepas perbualan berkenaan, pemain tengah United berkenaan memuat naik gambar Dybala dengan #AgentP.

Dalam kapsyen gambar berkenaan Pogba turut dikatakan cuba berjenaka dengan mendakwa cuba membawa Dybala ke Old Trafford.

Namun penyokong United yang teruja berharap Dybala akan memperkuatkan skuad bimbingan Jose Mourinho pada masa akan datang.

Dybala setakat ini telah menjaringkan 10 gol dan dua bantuan gol bagi aksi Serie A sahaja.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*