Parti Agenda Peribadi Mahathir Sudah Ditolak Rakyat

Share This:

Semalam, Mahathir mengakui bahawa parti yang ditubuhkannya semata mata hendak menjatuhkan Datuk Seri Najib sudah gagal di peringkat akar umbi. “Ketika ini di peringkat bahagian ada ahli, tapi ia tidak diuruskan menjadi sebuah cawangan, malah beberapa bahagian masih tidak diuruskan dengan baik” kata Mahathir.

Mahathir mengakui kepimpinan parti bunganya masih lagi tidak tersusun di peringkat cawangan. “Jadi kita tidak boleh menentukan siapa akan hadir mesyuarat jika AGM diadakan” kata Mahathir. Pengakuan terbuka Mahathir ini jelas sekali menyerlahkan bahawa PPBM kini sudah tidak mendapat sokongan lagi di peringkat akar umbi.

Rakyat sudah mulai menolak agenda peribadi Mahathir yang hanya mahukan anaknya sendiri menjadi Perdana Menteri dan mahu merampas Putrajaya semata mata untuk kesenangan kroni kroninya.

Satu persatu muslihat Mahathir sudah dapat dilihat oleh rakyat. Kemudian, ahli PPBM yang sedar dengan penipuan itu keluar parti beramai ramai di seluruh negara.

Jika mengikut peraturan, PPBM wajib mengadakan AGM selewat-lewatnya 9 September lepas mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. PPBM bakal diharamkan jika gagal mengikut peraturan ROS ini.

Dulu bukan main lagi kata PPBM akan mampu tarik sejumlah 6 juta orang menjadi ahli. “Kita jangka  akan berhadapan dengan 6 juta orang anak muda yang kebanyakannya daripada pertubuhan belia dan persatuan pelajar yang kini sudah tunjukkan minat mereka untuk masuk parti baharu ini” kata Khairuddin Abu Hassan pada 5 Ogos 2016.

Sekarang hendak umum ahli pun malu. Mana 6 juta ahli itu? Sesudah hampir setahun dan belum pun masuk 100 kali Jumaat, parti PPBM dah hampir karam. Tenggelam sebelum sempat pun berlayar di lautan sebenar.

“Secara jujurnya, saya agak terkejut dengan penyertaan golongan anak muda bawah 30 tahun ke dalam parti ini” kata Syed Saddiq pada 4 Oktober 2016. Syed Saddiq dakwa sudah 200,000 borang sudah diedarkan dan jumlah ahli PPBM akan diumumkan dua minggu kemudian.

Sekarang bukan dua minggu lagi, sudah lebih setahun, Syed Saddiq tidak pernah pun umumkan jumlah ahli PPBM. Kalau sudah 200,000 borang sudah diedar takkanlah susah sangat hendak buat cawangan yang tersusun dan kemas?. Ini bermaksud apa yang Syed Saddiq cakap sebelum ini adalah temberang belaka.

Hari ini ketika semua ahli ahli PPBM mendesak agar PPBM mengadakan mesyuarat agung, Syed Saddiq boleh pula lari sampai ke Perancis. Kini Syed Saddiq tidak mahu lagi bercakap soal anak anak muda hendak masuk PPBM. Syed Saddiq sibuk hendak promosikan seks bebas pula.

Dalam konvensyen PPBM yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada Januari lepas, semua orang sudah menyaksikan  bagaimana sambutan awal terhadap parti PPBM yang ditubuhkan Mahathir itu. Separuh stadium kosong bila Mahathir berucap. Terpaksa ‘import ahli’ guna bas untuk bagi penuh stadium.

Kemudian program baling kerusi yang dibuat oleh PPBM di Shah Alam beberapa bulan lepas. Juga gagal kerana kekecohan yang berlaku. Orang yang bertanya soalan adalah ahli PPBM sendiri. Bila gagal menjawab, Mahathir menyalahkan pula orang UMNO.

Buat siri ceramah di seluruh negara pun gagal. Tidak ramai yang hadir. Ada sesetengah tempat, kerusinya lebih ramai dari orang. Kemudian buat demonstrasi di Padang Timur, Kelana Jaya pada bulan lepas pun gagal juga. Sasar jumlah yang hadir 100,000 orang, tetapi yang hadir 4,000 orang sahaja.

Satu persatu gagal. Kemudian, hendak buat mesyuarat cawangan pun gagal. Malah ada ahli PPBM yang sudah malu diejek menjadi ahli parti yang tiada haluan.

‘‘Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi PPBM dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kena bertanggungjawab penuh atas penipuan besar ini yang mana selama lebih setahun kami menyokong perjuangan ini atas dasar percaya tetapi kini kami sedar dipermainkan,’’ kata ahli-ahli akar umbi Armada PPBM Lanchang.

PPBM  sengaja ditubuhkan bagi membolehkan Mahathir bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam pembangkang. Bila PPBM masuk ke dalam pembangkang, Mahathir mahu menggunakan DAP, PKR dan PAN untuk membolehkan agenda peribadinya tercapai iaitu menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri.

Jadi tubuhkan PPBM hanyalah sebagai alat sahaja. Buat apa hendak jaga ahli ahli PPBM di bawah, asalkan DAP, PKR dan PAN masih boleh mencapai apa yang Mahathir mahukan. Lebih baik jaga Kit Siang dan PKR. Lebih baik beri RM1 billion derma kepada Kit Siang dari menjaga ahli ahli PPBM di peringkat bawah.

Rakyat sudah mengetahui apa sebenarnya agenda Mahathir menubuhkan PPBM. Rakyat juga sudah tahu kenapa Mahathir marah sangat dengan Datuk Seri Najib. Bukan sebab 1MDB dan derma dari Arab, Mahathir marah kerana agenda peribadinya.

Kini parti yang ditubuh kerana agenda peribadi itu sudah gagal dan ditolak sepenuhnya oleh rakyat.  Sampai hendak tubuh cawangan pun payah. Nampak sangatlah tidak ada orang hendak sokong PPBM lagi.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*