Najib Beri Jaminan, Masa Depan Negara Dengan Kerajaan BN Terjamin

Share This:

Semua rakyat Malaysia boleh berasa yakin ada sikap optimis bahawa masa depan rakyat di negara ini berada dalam tangan kerajaan yang mampu membawa negara ke tahap lebih baik.

Janji untuk masa depan yang lebih cemerlang itu bukan cakap main-main atau angan-angan Mat Jenin tetapi ia adalah hakikat berpijak di bumi nyata kerana ia telah dibuktikan dengan pelbagai kemudahan dan projek infra rakyat yang telah disediakan oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan jaminan berharga itu ketika merasmikan Ekspo Negaraku 2017 di tapak ekspo berkenaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi.

“Your future is in good hand. Tidak perlu pandang kiri, tidak perlu pandang kanan, tidak perlu termakan janji apatah lagi hasutan kebencian yang ditabur pihak lain.

“Berpeganglah, berpautlah kepada kerajaan sedia ada hari ini, kita akan membawa negara ini ke arah masa depan yang lebih baik, kita akan terus harumkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata Malaysia sebenarnya sudah mendapat penghormatan di peringkat antarabangsa dan dihormati pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Perdana Menteri berkata penghormatan oleh pemimpin dunia itu membuktikan Malaysia bukanlah sebuah negara yang boleh diperlekehkan dan berada di landasan tepat untuk menuju ke masa depan yang membawa seribu rahmat untuk seluruh rakyat.

“Pemimpin dunia hormati kita, Presiden China, Presiden US hormati kita, pemimpin negara lain juga hormati kita,” katanya sambil menambah kata bahawa hanya segelintir pemimpin di negara ini sahaja memperlekehkannya.

Mengenai pameran tersebut, Najib berkata ia merupakan kaedah terbaik bukan sahaja memberi maklumat lengkap mengenai pembangunan negara tetapi menyediakan platform untuk rakyat menikmati pengalaman menggunakan infrastruktur yang akan dibangunkan kerajaan.

Katanya kerajaan mempunyai perancangan teratur dan tersusun untuk menyediakan projek infra rakyat dan pameran itu akan membawa mesej jelas kepada rakyat bahawa kerajaan akan melaksana dan menyediakan lebih banyak kemudahan dan kemajuan pada masa akan datang.

Sebab itu saya beritahu (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bahawa saya hendak ekspo ini lain daripada ekspo yg pernah diadakan sebelum ini. Saya mahu ekspo menggunakan kaedah teknologi terkini, canggih yang mampu kita sediakan.

Justeru ekspo ini bersifat sangat interaktif seperti kaedah ‘touch screen’ yang memberi pengalaman yang dapat dirasai sendiri oleh kita setelah kita saksikan ekspo ini secara dekat, katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan menteri-menteri kabinet.

Expo Negaraku 2017 adalah platform mempamerkan infrastruktur semasa dan pembangunan yang telah dirancang kerajaan dan memberi gambaran akan kehidupan yang lebih sempurna dan sejahtera buat seluruh rakyat Malaysia di masa akan datang.

Ia dilihat sebagai pemangkin kepada peningkatan taraf hidup rakyat dan sifat cintakan negara serta mampu menyuntik perasaan kebersamaan antara pelbagai lapisan masyarakat dalam menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan yang dicapai negara selama ini.

Ekspo yang diterajui Unit Perancang Ekonomi itu adalah dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta dan bakal memanfaatkan semua pihak, termasuk pakej istimewa bagi pelajar yang tinggal di luar bandar dan pakej penginapan dan diskaun sebagai galakan mereka melawat ekspo berkenaan.

Pameran itu dibuka selama sebulan sehingga 15 Dis, bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*