Mahathir Lupa Dia Gelar Isteri Orang Gemuk Gedempol

Share This:

PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat melatah apabila gaya hidup mewah melampau cucu-cucu beliau dan kecenderungan mereka bertindak di luar konteks seorang Islam seperti tidur bersama beberapa ekor anjing didedahkan dalam media sosial.

Malah Mukhriz turut membuat kenyataan berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang mendedahkan perkara tersebut. Kita perlu faham bahawa isu di sini adalah mendedahkan bukannya memfitnah memandangkan kesemua bukti-bukti tersebut dipaparkan sendiri oleh cucu-cucu Mahathir di laman media sosial.

Ironinya sebelum ini Mahathir tidak merasakan dirinya sebagai bersalah mengelarkan isteri orang sebagai gemuk gedempol. Lebih tepat lagi beliau menyebut “tidak mahu gemuk gedempol macam isteri satu orang (itu)”.

“Kalau dia gemuk, dia la terasa. Bukan masalah saya,” kata Mahathir dengan selamba.

Dalam perkara ini Mahathir dilihat sebagai kurang ajar dan kehabisan modal sehingga terpaksa menyentuh isu saiz badan isteri orang lain. Malah beliau mempertahankan kenyataan beliau sebagai hanya menjawab kepada soalan tentang caranya menjaga kesihatan.

“Saya ditanya mengenai bagaimana saya menjaga kesihatan saya. Saya kata jika anda ‘gemuk’, anda akan mendapat masalah. Adakah itu salah?”

Mahathir dalam ucapan itu berkata beliau kurus dan tidak mahu gemuk “macam isteri satu orang” kerana tidak makan rasuah.

Beliau malah membuat isyarat meregangkan siku sehingga mengundang gelak ketawa orang ramai.

Menurut sumber, pendedahan yang dibuat berkenaan gaya hidup mewah cucu-cucu beliau tersebut bagi mengaitkan kemewahan luar biasa yang diperolehi Mahathir ketika beliau memberi projek-projek khas kepada kroni-kroni dan proksi-proksi beliau. Harta-harta tersebut dikatakan banyak yang disorokkan di luar negara. Malah ada yang mendakwa bahawa sekiranya Mahathir tidak dapat menumbangkan Najib maka harta-harta yang Mahathir kikis dari rakyat Malaysia akan dikendurikan oleh kroni-kroni dan proksi-proksi beliau.

Langkah mendedahkan kemewahan cucu Mahathir dilihat untuk membongkar salahlaku pengerusi PPBM tersebut. Tindakan Mahathir mengelarkan isteri orang gemuk gedempol pula hanya sekadar perbuatan kurang ajar, bongkak dan angkuh bertujuan untuk menghina. Dalam perkara ini kita dapat melihat betapa keji dan busuk hati Mahathir.

  • pru14.tv

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*