Lelaki Cemburu Pukul,Botak Kepala Isteri

Share This:

 

Seorang lelaki dipercayai seorang kontraktor bertindak memukul dan membotakkan kepala isterinya, pada Isnin lepas.

 

Bagaimanapun, lelaki berkenaan telah berjaya ditahan pihak polis di kediamannya yang terletak di Taman Kluang Setia, Kluang, Johor tengah malam semalam.

 

Menurut sumber,suspek yang berusia 32 tahun itu dikatakan bertindak kasar dengan memukul isterinya selama empat jam kerana cemburu dan mendakwa wanita berkenaan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, perbuatan kejam itu dikatakan terbongkar apabila mangsa (isteri suspek) berjaya menghubungi bapanya.

 

“Ketika menghubungi bapanya pada 8.30 malam, Isnin lalu, mangsa menyatakan mahu pulang ke rumah keluarganya dan hanya menangis tanpa menceritakan kejadian sebenar.

 

“Bapa mangsa yang hairan dengan apa berlaku dikatakan bimbang keselamatan anaknya sebelum terima gambar mangsa yang dihantar menerusi WhatsApp oleh besannya pada 8.30 pagi, keesokan.

 

“Berasa bimbang akan keselamatan anaknya itu, lelaki berkenaan cuba menghubungi telefon bimbit mangsa namun tidak dapat dihubungi,” katanya dipetik Harian Metro.

 

Jelasnya lagi, penangkapan ini dibuat selepas laporan yang dibuat oleh bapa mangsa sekitar pukul 12.55 tengah hari semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor.

 

“Hasil siasatan awal, kami dapati mangsa mula dipukul dengan tangan di muka dan kepala menyebabkannya cuba halang menggunakan kedua-dua tangan.

 

“Ia bermula 4 petang di parkir berhampiran Bangunan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Isnin lalu. Mangsa dibawa pulang dan dipukul serta rambutnya dicukur sehingga botak di rumahnya hingga 8 malam.

 

“Mangsa yang lebam di muka, kepala dan kedua tangannya diselamatkan ibu mentuanya yang bawa ke rumah lain dan memujuk mangsa buat laporan polis serta rawatan di hospital namun mangsa enggan.

 

“Hasil siasatan, kami dapati kejadian berpunca kerana suspek mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain,” jelasnya lagi.

 

Dalam pada itu, beliau berkata lagi Mahkamah Majistret Kluang membenarkan suspek yang juga penagih dadah itu ditahan reman selama empat hari sehingga 18 November depan bagi membantu siasatan.

 

Memetik sumber,difahamkan kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

 

Manakala, berdasarkan keputusan ujian saringan air kencing lelaki terbabit dipercayai positif dadah jenis Methamphetamine.

 

Justeru,kita dapat lihat seseorang yang dipengaruhi oleh dadah sangat bahaya dan tidak dapat mengawal emosi mereka apabila sesuatu perkara yang menimbulkan kemarahannya,ia akan bertindak dengan kejam tanpa kawalan.

 

Sebagai contoh video Suami Pukul Isteri Kerana Dadah. Kejadian berlaku pagi tadi di Pasar Tani Sungai Petani Kedah punca suami datang minta duit kat isteri untuk beli dadah, isteri tak bagi duit, suami bertindak memukul isteri didepan orang ramai.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*