Kilafairy Bengang Kena Perli Dengan ‘Ustaz Jadian’

Share This:

Siapa tak kenal dengan pelakon jelita dengan potongan badan mantap, Kilafairy yang sering tampil seksi terutama ketika mempromosikan produknya.

 
 

Foto: IG Kilafairy
 
Namun, baru-baru ini Kila dilihat agak ‘sentap’ apabila ada pihak memerli kapsyen gambarnya di Twitter.
 
 
 
Apa lagi, kecohlah laman mikro itu apabila seorang pengguna dengan nama PU Nabil kononnya menegur pelakon berkenaan dengan kata-kata agak menusuk kalbu.
 
Berbisa sangat ke tweet PU Nabil tu?
 
 
 
Sedar kapsyennya dimanipulasi, Kila turut membalas dengan ayat pedas dan sinis. Malah, Kila turut membidas kenyataan individu berkenaan yang sengaja menambah ‘serbuk perasa’ pada kapsyennya sebelum itu.
 
“Tah bila tertulis ‘hell fire’ kat situ,” tulisnya.
 
 

Foto: Twitter
 
Bagaimanapun, difahamkan ‘ustaz’ terbabit bukanlah salah seorang peserta Pencetus Ummah seperti disangka ramai.
 
Nak bergurau atau memberi nasihat itu boleh, tapi jagalah ayat dan bahasa. Janganlah sampai kata-kata kita boleh mengaibkan orang lain.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*