Ketika Berbaring Dalam Bilik Hotel..Aku Dirangkul Mesra Dan…

Share This:

 

 

Nama aku Mary Tan. Aku berumur 23 tahun. Aku mempunyai tubuh badan yang sangat langsing dan mengiurkan. Potongan badan ku serba lengkap, berbentuk jam pasir, mempunyai ketinggian 170cm, dan 57kg berat. Aku mempunyai darah campuran Cina dan Iban. Ayahku merupakan seorang lelaki berbangsa Cina manakala ibuku seorang Iban.

 

Aku mempunyai wajah bujur sirih, kulit tidak terlalu putih, tetapi agak cerah. Dipendekkan cerita kuning langsat, sedap mata memandang. Aku bekerja sebagai seorang model sambilan di sebuah syarikat pakaian yang agak terkenal di Malaysia. Wajah ku mempunyai iras kacukan Elizabeth Tan dan Melissa Francis.

 

Sebelum kejadian yang agak menyeramkan ini berlaku, aku langsung tidak percaya akan kewujudan hantu atau makhluk halus. Bagi aku segala ilmu sihir dan ilmu hitam ini adalah tahyul dan dogeng semata-mata. Mungkin juga kerana didikan ayahku sebagai seorang doktor, semuanya mestilah berlandaskan logik dan fakta sahaja. Selain daripada itu, memang ayah akan menganggapnya sebagai karut.

 

Kisah bermula apabila aku dipikat oleh sekumpulan lelaki di tempat kerjaku. Akmal seorang model lelaki, Adrian seorang jurukamera dan Krygios bos syarikat jenama pakaian terkenal. Dengan pakej luaran yang aku ada, aku mengambil kesempatan berkenalan dengan mereka.

 

Dengan Akmal, aku banyak menggunakan dirinya sebagai peneman di kala diri aku kebosanan. Disebabkan sifat Akmal yang agak romantik dan mulut manis, aku senang dengannya. Aku akan diarak oleh Akmal ke serata tempat, kadang-kala Akmal siap memperkenalkan aku sebagai tunangnya di hadapan rakan-rakannya.

 

Adrian pula aku anggap sebagai pemuas nafsu serakah aku. Walaupun aku nampak baik dan sopan di hadapan Akmal, aku berbeza 100 peratus bila bersama Adrian. Adrian mampu memuaskan nafsu ku hingga ke titik kepuasan terakhir. Mengapa tidak.. HUH.. Biasa la nafsu serakah manusia bila menguasai diri. Teruk aku dulu. Menyesal pun tiada guna lagi. KORANG PEMBACA PUN MESTI KECAM AKU KAN?

 

Krygios pula boss kesayangan ku. Sayang bukan kerana apa. Kerana kesenangan dan kemewahan yang dia taburkan pada ku. Krygios adalah seorang lelaki berasal daripada Greece. Walaupun dia tidak lah sekacak Adrian, dan seromantik Akmal, tetapi dia mampu memberikan harta yang tidak mampu ditawarkan lelaki lain. Hadiah hari jadi aku ke 20, aku dihadiahkan kereta mewah berwarna merah jambu.

 

Aku mula hanyut dengan kehidupan ini. Hari isnin aku akan keluar dengan Akmal. Rabu hari Adrian. Sabtu dan Ahad kepunyaan sepenuhnya Krygios. Begitulah seterusnya kehidupan aku hari demi hari. Langit tak selalunya indah. Guruh datang berdentum. Kemuncaknya bermula apabila Krygios tahu akan hubungan aku dengan Adrian. Masa ni aku memang tersepit. Demi menyelamatkan diri, aku membuat fitnah terhadap Adrian, kononnya Adrian memaksa aku untuk keluar dengannya jika tidak mahu gambar bogel aku disebarkan.Krygios naik angin.

 

Suatu malam yang hening, aku sedang berbaring dalam bilik hotel. Ketika itu aku sedang dirangkul mesra Adrian. Bibir Adrian mula mengucupku lembut.

 

“Wek…Wek..Buwekkkk!”
“Eh..kenapa ni Adrian??”
“Arghhh..Arghhh…Pergi!!!

 

Penuh badanku disimbahi darah yang keluar dari mulut Adrian. Pekat. Terdapat beberapa ketulan dalam darah tersebut. Ketulan itu menggeletis sejurus jatuh ke bawah. Adrian mula mengelupur. Mata hitamnya terangkat ke atas, mulutnya terus memuntahkan darah dan berbuih.

 

Badan Adrian pucat. Tubuhnya semakin sejuk. Mata hitamnya bergetar, melilau kiri dan kanan sambil mulutnya terus mengucapkan “Pergi! Pergi kau, setan!”

 

“Arghhhhhhh!!!!!!”

 

Itu perkataan terakhir terbit dari mulut Adrian. Dia terkulai dan tidak bernyawa lagi. Aku panik, dan menghubungi pihak hospital. Hasil bedah siasat dan punca kematian adalah mati mengejut.

 

Aku melangkah keluar dari hospital dengan hati yang sangat hiba. Tiba-tiba, telefon pintarku bergetar.

 

Botak Celaka: Selesai, you jangan risau lagi, lepas ni, Adrian bukan masalah you lagi.

 

Ye.Memang aku simpan nama Krygios sebagai botak celaka sebab bagi ku, aku hanya gunakan hartanya sebagai penerus kehidupan ku. Lelaki setia?? Lelaki baik?? Masih wujud ke lelaki macam tu?? BODOH. MANA ADA DAH! KORANG PUN MESTI NAK KECAM AKU LAGI KAN??

 

Lidah aku kelu. Aku memandang sekeliling. Bulu roma aku mula meriding. Aku tidak memberitahu sesiapa pun lagi akan kematian Adrian. Aku mula seram dengan bait mesej Krygios tadi.

 

Hari ni ambang 31 Ogos 2015, aku dan Akmal berjanji untuk bertemu di sebuah pawagam lama, untuk menonton filem romantik mat salleh. Ya. Aku tahu bosan. Tapi Akmal memang seorang jejaka yang sangat menjaga tatasusila dan kehormatan ku sebagai seorang wanita. Sepanjang dua tahun aku bersama dia, tidak pernah sesekali kulitnya menyentuh kulit ku dengan sengaja. Walhal dengan pemakaian ku yang agak seksi dan lagak gayaku seakan perempuan murahan, boleh saja dia mengambil kesempatan terhadapku. Serius. Sebenarnya aku sangat tertarik dengan perwatakan Akmal. Naluri seorang perempuan yang inginkan kasih sayang dan belaian lelaki tanpa unsur nafsu semata-mata.

 

Sebelum memasuki panggung, aku dan Akmal membeli dua bungkus bertih jagung berperisa keju dan air bikarbonat anggur. Aku pun masuk menonton filem romantik. Tekak aku terasa sedikit dahaga. Air ungu itu aku hisap perlahan-lahan. Masuk kali ketiga air diteguk, kepala aku mulai terawang-awang. Aku sangkakan aku mengantuk, kepala aku terasa melayang-layang dan…Aku rebah terlentok di atas bahu Akmal.

 

“Bangun sial.Bahalol..Bodoh la aku kena tipu kau selama ni! Aku bunuh orang sebab betul-betul cintakan kau setan!!!”

 

PANG!PAKKK!

Aku ditampar sekuat hati dan satu layangan tapak kaki mengenai dadaku. Senak. Aku terjaga daripada pengsan. Pandangan ku masih kabur. Samar-samar aku lihat seorang lelaki berkepala botak di hadapanku. Ya. Krygios mengetap giginya kemas. “Keriuk..keriuk!” Bunyi gigi diketap kuat tanda geram yang amat sangat.

 

“Kau! Aku bagi kau macam-macam. Aku suap kau macam-macam! Sanggup kau curah racun di hati aku ni Mary sayang!?”

 

“Harini aku tak lepaskan kau.. Haritu aku sihir, bunuh Adrian. Tapi aku tak bersalah sangat, sebab budak tu memang bangsat!”

 

“Tapi hari ni aku tak sanggup. Aku dah perhatikan lama gerak-geri Akmal. Kau tahu tak, dia tu hari-hari tak pernah tinggal solat di masjid. Sentiasa doakan kau Mary. Aku ni jahat, tapi aku tak sanggup nak khianati orang macam tu.”

 

Krygios mengakhiri kata-kata lalu menuding jarinya ke arah satu sudut. Kelihatan seorang insan yang sangat dikenalinya, Akmal. Akmal tersandar di dinding. Masih kebingungan. Kedua tangannya dipasak di tepi dahinya. Akmal tunduk. Air mata lelakinya berjujuran.

 

“Aku tak paksa kau, aku sanggup bersabar demi mendidik kau, Mary. Aku sayang kau sungguh-sungguh Mary. Aku sanggup lakukan apa saja demi kau Mary!” Akmal mula bersuara.

 

Ini pertama kali aku mendengar suara Akmal intonasinya agak tinggi. Tidak seperti sedia kala.

 

“Aku berdosa dengan kau, Akmal. Ampunilah aku, lepaskan lah aku daripada ikatan tali ini. Aku janji akan berubah Akmal!”

 

“Cukup Mary. Aku dah tak sanggup dikhianati begini. Lepaskan kau?? Aku dah serahkan kau dekat si Krygios ni. Ikut dia la. Aku tak nak masuk campur. Suka hati dia lah.”

 

Akmal melangkah meninggalkan diriku. Itu kali pertama aku merasa sakitnya ditinggalkan bagai hilang arah akibat cinta. Bukan tak pernah aku ditinggalkan lelaki tapi hatiku tak pernah sesakit ini.

 

“Puas hati kau sekarang??”

“Lepaskan aku Krygios, aku janji aku setia dengan kau seorang je.”

“Woi perempuan cantik hati syaitan, kau ingat aku percaya. Lagi baik percaya lembu daripada kau!”

“Tolong Krygios.Tolong..simpan pisau tu pleaseee.”

 

Aku rasa mula tak sedap hati. Krygios mula menyeluk saku lalu mengeluarkan pisau lipat rambo. Matanya melirik aku tajam. Dia semakin mendekatiku. Arghhh.. Aku mesti kuat melawan. Kaki ku tidak di ikat, aku dengan pantas menendang sekuat hati dua biji permata lelaki Krygios. Krygios meraung. Melutut kesakitan. Aku cuba meronta sekuat hati bagi melepaskan ikatanku di tangan. Ikatan tali semakin longgar, aku berpaling cuba melarikan diri. Tapi kaki aku ditangkap Krygios, dagu ku tersembam di lantai. Dagu aku terbelah dan berdarah. Aku cuba beberapa kali menendang ke arah tangan Krygios yang memegang erat kakiku. Kali ni nasib aku tak baik, Krygios mencucuk betis kiri ku menggunakan pisau rambo tadi. Dibenam sedalam-dalamnya. Aku tak mampu menendang lagi. Kudrat ku seakan terhenti.

BANG!!

Bunyi kepala ku diketuk Krygios. Aku pun tak sempat mengenali objek tersebut. Aku terus tak sedarkan diri.

 

Aku membuka mata kananku perlahan. Mata kiri ku tidak dapat dibuka lagi. Terasa bengkak akibat dilempang berulang-kali Krygios. Badanku dibaringkan di atas katil kayu. Diikat kemas menggunakan tali di bahagian dada, perut dan kaki. Tangan ku diikat disisi.

 

Krygios tiba-tiba muncul di sebalik dinding kayu. Tangan kirinya memegang pisau besi berukuran 20cm. Krygios membetulkan besi kedapan topeng di bahagian hidung. Krygios bergerak semakin rapat dengan ku.

 

Dada aku berdegup kencang. Hormon adrenalin semakin aktif berkumpul. Cemas dan takut. Aku seakan boleh membaca apa yang bakal aku terima.

 

“Tolong Krygios aku merayu.”

“Permohonan mu ditolak!MUKTAMAD!HAHA!”

 

Krygios mengeluarkan pisau besi tadi, telinga kananku menjadi sasaran. Telinga ku dipotong dan disian kecil. Berkeriuk bunyi telingaku dipotong. Seumpama tulang rawan ayam yang dipotong kecil.

 

“Aduh..sakittt.”

“Kau nampak aku macam peduli??”

 

Selesai bahagian telinga, pisau tadi dilurut ke bahagian bawah, tali dibahagian dada diseret ke bawah agar bahagian dadaku terdedah. Kini giliran putingku pula digunting pantas. Darah memancut laju. Pedih dan sakit bukan kepalang.

 

“Arghhhhh.Ampuni aku Krygios, aku tak sanggup lagi,” rayu aku.

 

Tak cukup dengan itu, Krygios turun di bahagian alat sulit ku. Pisau ditoreh lembut. Pedihnya bukan kepalang. Aku sangat tak tertahan kali ni. Kepala aku semakin pening. Mata aku berpinar mungkin akibat kehilangan darah.

 

“Nah! Rasakan azab terakhir kau!”

 

Habis sahaja perkataan ini diungkapkan, tangan Krygios menujah laju pisau besi pada isi bahagian sulitku. Terbenam separuh pisau besi tu. Aduhhhh…Aku meraung kesakitan dan……..

 

KORANG MESTI NAK CAKAP PADAN MUKA DEKAT AKU KAN?? Mari sini aku nak cerita kat korang apa aku rasa sejak kecil. Aku dibesarkan oleh ayahku apabila mak aku meninggalkan aku dan ayah. Ya. Ayah aku seorang doktor pakar, memang kaya, mewah, tetapi masa?? Aku diabaikan. Hidup aku kosong sejak kecil, sampai la aku dewasa semua seakan menjauhkan aku. Semua memanggil aku “budak pelik, aneh, dan”… macam-macam lagi la. Masuk umur belasan tahun, aku dapat tahu yang mak aku tinggalkan aku sebab dapat tahu ayah curang! Ni mak aku cerita sendiri kat aku! Masa tu hanya tuhan yang tahu, sedih dan pedihnya aku. Ya. Ayah dan mak gaduh! Tapi patutkah aku jadi mangsa?? KORANG RASA PATUT KE APA AKU HADAPI??

 

Sejak dari hari tu, aku berazam akan hancurkan hidup lelaki. KORANG MASIH NAK KECAM AKU LAGI??

 

Apa nasib aku lepas tu?? Aku dah mati pun. Aku dikelar dan dipotong kecil oleh makhluk gila Krygios tu. Krygios humbankan cebisan badan aku dalam tempat sekumpulan anjing liar. Daging aku digigit dan dimamah oleh anjing liar tu. Sebahagian lagi bahagian badan ku dibakar hangus. Sebahagian lagi dicampak dalam laut. Kepala aku??? Kepala aku ditanam tujuh kaki di dalam salah sebuah hutan di Malaysia. Ye. Salah sebuah pusat hiking terkenal di Malaysia.

 

Krygios?? Dah balik Greece dah pun. Tapi roh aku masih bergentayangan selagi aku tak dapat apa yang aku dendam sebelum aku mati. MOTIF AKU TULIS BENDA NI?? Aku dah bersumpah akan menghantui HIDUP-HIDUP KAU YANG MENGECAM AKU!!! Termasuk la KAU YANG KECAM AKU KAT ATAS TADI KAN??

 

Korang rasa selamat dalam bilik?? Fikir lagi sekali ye…

 

Coretan Terakhir Mary Tan!

 

sumber:  fiksyenshasha

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*