Kerajaan Mungkin Pertimbangkan Beri BR1M Ekstra

Share This:

Untuk membantu rakyat berdepan kenaikan harga minyak, kerajaan berkemungkinan akan mempertimbangkan untuk memberi bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tambahan kepada mereka yang memenuhi syarat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan Ke-2, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang berkata ia adalah satu inisiatif untuk meringankan beban rakyat ekoran kenaikan harha petrol yang sudah mencecah lebih RM2.31 sen seliter.

“Dulu tak ada BR1M, harga minyak RM2.70 sen, sekarang ada BR1M harga minyak RM2.31, kerajaan sedia maklum dan mungkin dengan peningkatan ini, kerajaan dapat lebihan yang kita boleh sumbangkan kepada golongan pendapatan rendah.

“Kemungkinan besar kerajaan akan membuat pertimbangan untuk memberi BR1M ekstra,” katanya dalam sesi pergulungan bagi peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, semalam di Parlimen.

Mengulas lanjut Johari yang juga Ahli Parlimen BN-Titiwangsa berkata sejak pengapungan dilakukan, harga minyak menurun sebanyak 12 kali iaitu RM0.74sen dan naik sebanyak 19 kali yang berjumlah RM0.75 sen.

Tambah Johari, peningkatan harga minyak itu juga akan memberi impak kepada kadar inflasi, terutama sektor pengangkutan yang menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak 13.7 peratus.

“Bila harga minyak naik, harga petrol akan naik, secara tidak langsung, inflasi semasa akan naik tetapi inflasi teras masih sama, tiga tahun lepas teras inflasi 2.5 peratus, tetapi inflasi semasa 4 peratus,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat dilaporkan berkatapemberian kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.

Keseluruhan program BR1M itu akan memberi manfaatt kepada tujuh juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion.

BR1M mula diperkenalkan pada 2012 dilaporkan memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan bantuan pukal sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Pada 2013, BR1M 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Manakala pada 2014, bantuan kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*