Izara Aishah Dapat Hadiah Rolls Royce Dari Bakal Ipar

Share This:

Esok, 17 November bakal menjadi sejarah buat pelakon Izara Aishah apabila beliau bakal mengakhiri zaman bujangnya, bernikah dengan anak kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa, Adib Khalid.

Abang Ipar Hadiahkan Rolls Royce

Belum pun bernikah, Izara dan Adib terlebih dahulu menerima kejutan apabila Asyraf, abang kepada Adib telah menghadiahkan mereka sebuah kereta mewah berjenama Rolls Royce. Wah! Untung Adib dan Izara mempunyai keluarga yang penyayang. Hasil pencarian ke atas harga kereta tersebut dipercayai lebih dari RM 1 Juta.

Foto :Hangat.com

Pasti ianya hadiah yang cukup bermakna untuk pasangan ini.

Majlis Tertutup

Dalam perkembangan lain, majlis pernikahan merekaakan dilangsungkan dalam satu majlis tertutup khusus untuk ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Dan majlis persandingan di sebelah lelaki akan dilangsungkan pada Ahad ini. Tahniah diucapkan kepada Adib dan Izara semoga majlis kalian bakal dipermudahkan hendaknya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*