IKEA Tebrau Diserbu Ribuan Rakyat Malaysia Hari Ini

Share This:

Ketika ada segelintir rakyat yang tidak puas hati dengan kerajaan merungut katanya rakyat menderita di negara ini kerana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga jualan petrol, pasar raya besar perabot terkenal dari Sweden IKEA yang baru dibuka di Tebrau diserbu orang ramai hari ini.

Semua sedia maklum, IKEA menjual barangan dengan harganya termasuk dengan caj GST 6 peratus seperti yang dilaksanakan kerajaan tapi ia tetap menarik perhatian orang ramai.

Barisan orang ramai beratur untuk masuk ke dalam pusat perabot berkenaan begitu panjang dari segenap lapisan umur dan masyarakat pelbagai bangsa.

Ia muka dibuka secara rasmi hari ini bermula pukul 10 pagi, dan dianggarkan 20,000 pengunjung memilih untuk berada di IKEA Tebrau yang dibina di atas kawasan seluas 46,713 meter persegi dengan mengandungi 54 bilik pameran.

Pengarah Peruncitan IKEA Asia Tenggara, Mike King berkata, dengan pembukaan gedung terbaharu itu, IKEA Tebrau sudah bersedia untuk menyediakan pelbagai jenis perabot kepada orang ramai terutamanya penduduk di bandar raya ini.

“Setelah persediaan dilakukan selama berbulan-bulan, kami teruja untuk membuka pintu, sekali gus memberikan pengalaman membeli-belah yang unik kepada rakyat negara ini,” katanya pada pelancaran gedung itu, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong; Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Christian Rojkjaer dan Pengurus Stor IKEA Tebrau, Annie Chandler.

Pada perasmian itu, satu acara menggergaji kayu diadakan sebagai simbolik pembukaan rasmi IKEA Tebrau.

Beberapa orang mempertahankan bahawa rakyat masih tertindas dengan mengatakan bahawa orang ramai yang beratur panjang hanya mahu membeli dengan harga diskau. Jika IKEA memberi harga diskaun pun, harga tetap mencecah ratusan ringgit bagi satu-satu perabut yang dijual dan tidak ada diskaun diberi sampai 90 peratus ke atas.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*