Idris Khan Nikah Gadis Maghribi 20 Januari Ini

Share This:

Pelakon dan model Idris Khan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan gadis kelahiran Maghribi pada awal tahun hadapan.

 
Memetik Astro AWANI, Idris, 29, akan berkahwin dengan Sanaa Jeljalane, 26, pada 20 Januari akan datang.
 
 
 
“Saya dan Sanaa akan berkahwin pada 20 Januari 2018 di Kuala Lumpur. Cuma lokasi sebenar masih belum ada.
 
“Keluarga Sanaa akan turun ke sini untuk majlis perkahwinan kami.
 
“Setakat ini persiapan menjelang majlis itu berjalan lancar dan saya tidak terlalu tertekan untuk memikirkan soal itu (kahwin),” katanya.
 
 

Foto: IG Sanaa Jeljalane
 
Semoga semuanya berjalan dengan selamat dan dipermudahkan segala urusan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*