Ginney Chew Kini Wira Harapan Penyokong Kedah

Share This:

 Minggu lalu mungkin penyokong Kedah masih tidak mengenali individu bernama Puan Sri Ginney Chew, namun minggu ini nama itu tiba-tiba popular dan menjadi sebutan.

Usaha wanita kelahiran Kulim berusia 39 tahun itu kini disanjung ribuan skuad hijau kuning selepas beliau memuat naik status untuk membawa Ramon Marcote sebagai jurulatih Kedah yang baharu untuk saingan musim depan.

Pengarah ECK Sdn Bhd yang juga merupakan penaja utama pasukan Kedah itu memberitahu, beliau teruja dengan sokongan yang ditunjukan penyokong Helang Merah.

 

“Laman Facebook saya sebelum ini hanya mempunyai lebih kurang 300 pengikut sahaja.

“Tetapi selepas memuat naik status berkenaan bola sepak Kedah, pengikut semakin ramai. Lebih kurang 4 ribu dalam tempoh kurang seminggu sehingga disekat untuk membalas komen kepada penyokong Kedah.

“Saya hargai sokongan, cadangan serta idea yang diberikan oleh semua penyokong Kedah.

“Saya akan cuba buat yang terbaik bagi memastikan pasukan Kedah dan penyokong lebih maju dan ke tahap yang lebih tinggi,” ujar bekas penuntut Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chio Min, Kulim kepada mStar Online pada Khamis.

Penyokong skuad hijau kuning juga dilihat kagum dengan status Ginney Chew apabila tidak ketinggalan untuk sentiasa menyebut berbangga kerana menjadi anak Kedah (Proud to be Kedahan).

Ginney Chew juga kini sedang berusaha untuk merealisasikan harapan penyokong-penyokong Kedah di seluruh negara yang ingin melihat bekas penolong jurulatih, Marcote kembali berada di Alor Setar.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*