Gadis Gesa Pelakon Lelaki Hamilkannya, Tampil Bayar Kos Pemeriksaan Kandungan

Share This:

 

Seorang pelakon lelaki popular dikatakan telah terlanjur dengan seorang gadis hingga menyebabkaan gadis itu hamil dan lahirkan anak luar nikah.

 

Menurut sumber,gadis tersebut dikatakan mengakui dirinya sebagai bekas kekasih kepada pelakon tersebut, mereka juga pernah menjalinkan hubungan empat tahun yang lepas dan putus di tengah jalan. Namun pada awal tahun ini, mereka bertemu kembali dan tidur bersama.

 

“Kami pernah bercinta empat tahun lepas, dia pernah datang dan bermalam di rumah keluarga saya, tapi hubungan kami putus sehingga bertemu kembali awal tahun ini. Kami bertemu semula melalui aplikasi Bigo dan dia ajak jumpa dan makan malam bersama.

 

Ketika itu dia yang rancang kami tidur bersama di Port Dickson dan ketika itu saya dalam keadaan subur,”

 

Kisah yang menjadi tular sejak pagi Rabu itu menimbulkan kemarahan masyarakat selain meminta artis itu tampil membersihkan namanya jika dakwaan wanita berusia 20-an itu tidak benar.

 

Malah ada yang mahu pelakon itu mengakui perbuatannya itu selain bertanggungjawab terhadap anak yang dilahirkan hasil daripada hubungan dengan wanita berkenaan.

 

“Pelakon ini ingat dia sudah glamour tak perlu bertanggungjawab la… Ingatlah wahai gadis-gadis, jangan mudah terpedaya dengan janji lelaki.

 

“Secantik dan setinggi mana pun taraf pendidikan anda, kalau dah rosak memang orang pandang anda seperti tiada nilai,” tulis netizen.

 

Identiti sebenar pelakon yang didakwa terlibat dalam kemelut itu juga terus menjadi teka-teki peminat industri hiburan tempatan yang mahu mengetahui dalang di sebalik perbuatan terkutuk itu.

 

Dalam pada itu juga, walaupun ramai mengkritik perbuatan pelakon itu masih ada yang memberikan kata-kata semangat selain meminta masyarakat tidak terus menjatuhkan hukum atas kesilapan dilakukannya.

 

“Semoga anak mereka membesar dengan baik dan sempurna, cukup didikan agama dan jadi anak yang soleh/solehah agar dapat membela ibu bapanya di dunia dan di akhirat.

 

“Usah dipertikaikan dosa ibu bapanya. Itu antara mereka dengan Allah. Manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Sekuat mana iman seseorang, lalai sedikit akan terjerumus juga,” tulis netizen.

 

Menurut sumber dalaman berkata,bagaimanapun aktor berkenaan dikatakan menghilangkan diri selepas itu sehingga dia menyedari sedang hamil tiga bulan dan usaha menghubungi pelakon itu gagal.

 

Wanita itu berkata dia tidak mengharapkan pelakon lelaki tersebut bertanggungjawab namun sepatutnya membayar kos pemeriksaan kandungannya sepanjang sembilan bulan dia mendapatkan rawatan di hospital swasta.

 

Justeru, wanita tersebut merayu agar pelakon lelaki kegilaan ramai yang sedang mencipta nama ini menghubunginya segera untuk menyelesaikan kes mereka dengan baik.

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*