Fattah, Fazura Nikah? 23 November Pula Baru Tahu!

Share This:

Spekulasi menyelubungi pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura Sharifuddin masih hangat dibincangkan ramai.

“Betulkah mereka dah nikah?”



Pasti persoalan itu kerap bermain di benak fikiran semua orang ketika ini.


Sabar, semua persoalan akan terjawab pada 23 November nanti.


Memetik BH Online, Fattah dan Fazura berjanji akan mengadakan sidang media pada tarikh berkenaan sebaik sahaja mereka kembali dari Tanah Suci.


Bagaimanapun, kenyataan media berkenaan tidak menjelaskan butiran terperinci mengenai sidang media yang bakal diadakan itu.


Menurut wakil pengurusan artis terbabit, mereka memohon maaf dan meminta semua pihak mendoakan urusan mereka di Tanah Suci dipermudahkan.



Foto: Utusan Online



Nikah atau tunang, kita tunggu Fattah dan Fazura pulang dari mengerjakan ibadah umrah minggu depan ya! 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*