Ekspo Negaraku : Saya Mahu Ekspo Ini Lain Daripada Ekspo Yang Sedia Ada

Share This:

Ekspo Negaraku 2017 hari initelah selamat dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Dataran Merdeka, sekitar jam 8.30 malam semalam. Menurut beliau, pemilihan Dataran Merdeka ini membawa maksud besar terhadap ekspo dan negara ini secara amnya kerana di Dataran Merdeka inilah, bendera Union Jack diturunkan kira-kira 60 tahun yang lalu.

Mengambil nama Ekspo Negaraku 2017, sudah semestinya ekspo ini membawa secara dekat kepada rakyat segala perancangan yang dibuat oleh kerajaan terhadap pembangunan negara pada masa akan datang. Disamping itu juga, ianya turut membawa semangat patriotisme di kalangan rakyat setelah mengguna pakai istilah Negaraku, sesuai dengan tema kemerdekaan kita pada tahun ini.

Datuk Seri Mohd Najib dalam ucapannya berkata, penganjuran Ekspo ini bukan sahaja menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam membina sebuah negara yang maju pad amsa akan datang, malah ianya turut menunjukkan pencapaian yang diraih negara. Ini penting supaya apa yang dirancang oleh kerajaan dapat di sampaikan kepada rakyat tanpa memperdulikan perbezaan agama, kaum dan perbezaan politik.

Pada masa yang sama, beliau mahu melihat penganjuran ekspo ini lain daripada kebiasaan penganjuran ekspo yang ada di negara ini keran abeliau mahu rakyat Malaysia merasai detik kemajuan negara yang lebih futuristik. Malah beliau turut mahu rakyat merasai denyut nadi pembangunan yang begitu pesat di negara ini dengan pembangunan MRT dijadikan contoh oleh beliau.

Mengambil contoh pembinaan MRT kira-kira enam tahun yang lalu, beliau mendedahkan terdapat sekumpulan peniaga di Bukit Bintang datang bertemu dengan beliau di pejabatnya bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap pembinaan MRT ini. Dakwa mereka, pembinaan ini bakal menjejaskan perniagaan mereka dan ada kemungkinan, mereka terpaksa berpindah bagi memberi laluan kepada pembinaan MRT ini.

Sebagai reaksi balas, Datuk Seri Mohd Najib memberi jaminan bahawa pembinaan MRT ini bakal menguntungkan mereka pada masa akan datang dan hari ini, jangkaan beliau terhadap faedah pembinaan MRT ini menjadi kenyataan. Bukan sahaja perniagaan mereka semakin maju malah nilai hartanah juga meningkat setelah siapnya MRT yang turut berjaya menjimatkan kos pembinaannya sebanyak RM 2 bilion.

Dalam ucapan yang sama, beliau turut memberitahu, kesemua pemimpin utama dunia seperti Presiden China, Amerika Syarikat dan pemimin utama ASEAN, cukup menghormati dan mengkagumi pencapaian yang diperolehi oleh Malaysia. Walaupun ada segelintir pemimpin di negara ini tidak menunjukkan perasaan hormat merkea terhadap kerajaan, namun kerajaan lebih mengutamakan rakyat daripada mengambil pusing akan kerenah politik pihak-pihak berkenaan.

Justeru, kata beliau, penganjuran Ekspo Negaraku 2017 ini menjadi satu wadah dari kerajaan untuk membawa perancangan jangka masa panjang kerajaan terhadap negara di masa akan datang. Beliau komited bahawa segala perancangan ini dapat diirealisasikan sekiranya Malaysia mempunyai sebuah kerajaan yang kukuh dan tidak terpengaruh dengan pelbagai dakyah liar yang cuba ditabur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*