Baru Keluar Penjara Dah Merompak Semula

Share This:

KOTA KINABALU: Dua bekas banduan termasuk seorang yang baru sahaja dibebaskan dari penjara ditahan kerana melakukan rompakan bersenjata, di sini.

Suspek yang berusia 28 dan 31 tahun ditahan di lokasi berasingan pada 14 dan 15 November lalu, selepas melakukan rompakan ke atas dua lelaki berdekatan Asia City pada 11 November.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, suspek telah mengambil telefon pintar, duit, kad ATM dan maklumat pengenalan diri mangsa dalam kejadian pukul 11.40 malam itu.

Sewaktu kejadian, dua mangsa yang berusia 20 dan 21 tahun dikatakan sedang berjalan di sebuah lorong untuk mencari makanan sebelum dihampiri suspek yang membawa pisau.

Mereka membuat laporan polis sejurus insiden itu.

Berdasarkan maklumat, polis menahan suspek pertama pukul 9.10 malam pada 14 November.

“Suspek kedua, dipercayai sebagai dalang utama rompakan ditahan pukul lima pagi hari berikutnyaa,” ujar Chandra.

Beberapa barang yang disamun turut ditemui semula.

Terdahulu, dua suspek berkenaan pernah dipenjarakan kerana kesalahan dadah.

Suspek pertama juga baru sahaja menamatkan hukuman kerana kesalahan merompak.

Pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek positif dadah.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*