Apa Rancangan Mahathir Andai PPBM Diharamkan?

Share This:

Umum sedia maklum bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini berhadapan dengan pengharaman daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berikutan kegagalan parti berkenaan mengadakan Mesyuarat Agung mengikut garis panduan yang ada di dalam ROS. Manakala sayap Armadanya pula juga ditakrifkans ebagai satu pertubuhan haram yang tidak terkandung di dalam perlembagaan parti.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir semasa mengulas mengenai masalah ini memberitahu, dia menyedari bahawa parti ini masih gagal mengadakan mesyuarat agung mereka yang pertama kerana jumlah perwakilan yang sepatutnya hadir juga masih belum dapat ditetapkan. Malah, Mahathir sendiri tidak dapat maklumat lengkap berapakah jumlah keahlian PPBM dan jumlah Bahagian yang ada di seluruh negara.

Agak melucukan sebenarnya kerana dia sebagai seorang Pengerusi sepatutnya tahu pergerakan partinya dari akar umbi sehinggalah ke pucuk pimpinan. Bagaimana seorang Pengerusi sendiri tidak mengetahui kedudukan partinya sendiri? Bukankah ianya satu perkara yang cukup menghairankan? Atau Mahathir sememangnya tidak ambil peduli langsung akan kewujudan PPBM?

Melihat kepada keadaan semasa PPBM, membayangkan sekiranya ROS mengambil tindakan tegas terhadap PPBM seperti yang digariskan di dalam undang-undang ROS, apa langkah dan rancangan Mahathir demi memastikan impiannya untuk melihat anaknya, Datuk Seri Mukhriz berjaya menjadi Perdana Menteri? Apakah rancangannya untuk memastikan keinginan individunya tercapai?

Sekiranya PPBM diharamkan, kemungkinan Mahathir langsung tidak memperdulikannya. Hal untuk rayuan dan pengurusan semula parti mungkin diserahkan sepenuhnya kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yasin manakala dirinya akan memastikan ketiga-tiga parti sekutu di dalam Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR dan PAN mampu bersaing dan memberi ruang kepadanya untuk memenuhi keinginannya sendiri.

Dalam erti kata lain, andai PPBM diharamkan, Mahathir berkemungkinan besar akan menyertai salah sebuah parti yang membentuk gabungan Pakatan Harapan dari sibuk memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan PPBM. Hal ini diserlahkan ketika dirinya sendiri langsung tidak ambil peduli akan perjalanan akar umbi parti walaupun menyedari, ribuan ahli PPBM sudah meninggalkan parti berkenaan.

Bagi Mahathir, memastikan hasrat dan keinginannya sendiri jauh lebih utama dari memikirkan hal dan masa depan PPBM. Lihat sahaja bagaimana Mahathir begitu bermurah hati menyumbang RM 1 bilion seperti yang dilaporkan didalam tulisan Raja Petra Kamaruddin bulan lalu kepada DAP yang dianggap sebagai dana politik buat parti berkenaan.

Mahathir pastinya sedar, PPBM bukanlah parti dominan di dalam Pakatan Harapan. Malah, dia juga tahu, PAN dan PKR juga bukanlah parti yang kukuh dan paling dominan. Justeru, langkah mudah Mahathir adalah berjuang bersama DAP dan ini bukan mustahil kerana Mahathir sudah acapkali melakukan pusingan U dan hari ini, dialah yang paling agresif “menyucikan” imej Lim Kit Siang pada mata masyarakat terutamanya kaum Melayu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*