Ular Masuk Rumah,Suami Dakwa Isteri Curang

Share This:

 

Seorang suami bertindak di luar kawalan hanya kerana berselisih faham mengenai ular masuk ke dalam rumah ditangkap lelaki lain.

 

Melihat kejadian itu,suami dikatakan tergamak membelasah isterinya di kediaman mereka di Kampung Batu Putih, Karangan, Kulim, Sabtu lalu.

 

Menurut sumber,dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, suspek berusia 30-an tidak berpuas hati selepas mengetahui mangsa, 35, memanggil orang lain untuk menangkap ular yang berada di dalam rumah mereka.

 

Tambahan lagi,suspek dikatakan mendakwa mangsa berlaku curang dengannya menyebabkan berlaku pertengkaran, kata Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir.

 

Menurutnya, suspek kemudian terus memukul isterinya dengan menarik rambut, menampar serta menendang wanita terbabit.

 

“Akibat kejadian itu, mangsa lebam di badan dan tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Kob untuk tindakan selanjutnya.

 

“Bertindak atas laporan itu, kami kemudian mengesan suspek sebelum berjaya menahannya yang direman empat hari bermula Ahad lalu hingga esok,” katanya.

 

Ahmad Nasir berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*