Trump Akui Sendiri Najib Sahabat Baiknya, Pakatan Terkedu

Share This:

Macai pembangkang sudah pasti akan disuruh dengan segera menyerang peristiwa yang berlaku semalam yang mengesahkan hubungan yang amat akrab antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Pada persidangan US-ASEAN di Manila, Filipina, Trump sebagai seorang sahabat yang baik dengan Najib secara terbuka di khalayak ramai.

“Perdana Menteri Najib ialah sahabat baik saya, sahabat yang sangat baik. Kami sudah berkenalan sebelum saya dipilih menjadi Presiden, ketika saya dalam dunia perniagaan.

“Dalam hidup, kita tidak akan tahu di mana kita akan berakhir dan sekali lagi berjumpa,” kata Trump.

Ketika menyampaikan kata-kata itu, Trump memandang kepada pemimpin negara ASEAN yang lain.

Perkara ini disampaikan oleh mereka yang berada di dalam pertemuan berkenaan di Manila. Sebelum itu, Trump sudah pun memuji Najib atas kecemerlangannya menyelaraskan dialog AS dan ASEAN ketika berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN.

Kalau macai Pakatan Harapan (PH) hendak kata ini satu cerita bohong, itu terpulang pada mereka sebab mereka tidak akan menerima juga peristiwa ini, dan jika bohong sudah pasti Trump tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.

Kenapa pembangkang menyerang Najib habis-habisan ketika beliau bertemu Trump di White House akhirnya diketahui kerana pakatan pembangkang sudah mengetahui lebih awal Najib adalah sahabat baik Trump.

Oleh sebab itu, lawatan Najib ke AS perlu diserang awal-awal kerana persepsi rakyat akan dirosakkan awal-awal oleh PH. Sambutan Trump yang mesra dan menghantar Najib sampai ke kereta adalah layanan seorang kawan kepada kawannya yang amat baik.

Barulah terjawab, kenapa Trump memakai tali leher biru ketika bertemu Najib. Jika Trump memakai tali leher merah, ia menunjukkan bahawa Trump serius dalam urusan dan ia digunakan dalam pertemuan penting rasmi sahaja. Jika tali leher biru, ia adalah ketika Trump bertemu dengan sahabat baik dan pertemuan yang santai antara dua orang pemimpin sahabat baik.

Penyokong pakatan akan sedaya upaya menafikan perkara ini dan memburuk-burukkan lagi hubungan Najib dan Trump.

Sebagai Presiden negara kuasa besar, kenyataan Trump itu sudah semestinya secara sinis ditujukan kepada pembangkang di Malaysia yang mengatakan banyak perkara buruk berkaitan mereka berdua dan Trump sudah pasti secara tidak langsung mempertahanakn Najib sebagai rakan karibnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*