Syed Saddiq, Kondom Dan Seks Bebas

Share This:

BUKAN lagi rahsia bahawa pegangan majoriti pemimpin kanan Pakatan Harapan yang diketuai DAP berlandaskan kebebasan seks sejak dari mula lagi. Mereka mengadakan banyak siri demonstrasi jalanan dinamakan “BERSIH” yang bertujuan untuk menuntut agar “Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender”(LGBT) diterima oleh masyarakat.

Ironinya, ketika itu Parti PAS memberikan sokongan penuh dalam perjuangan tersebut yang lebih menjurus kepada perjuangan membabi buta semata-mata.

Kini Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Abdul Rahman pula mempromosikan penggunaan kondom di kalangan remaja seolah-olah menghalalkan seks bebas.

Dalam Al Quran, surah Al-Israa’ ayat 32 secara terang melarang umat Islam mendekati zina.

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.”

Tindakan Syed Saddiq yang membenarkan kebebasan seks secara memakai kondom harus ditolak memandangkan ianya salah di sisi agama dan juga moral. Dalam isu ini, umat Islam tidak boleh berkompromi dengan pemimpin kanan Pakatan Harapan yang dilihat terlalu liberal dalam isu-isu keagamaan.

Sebelum ini imej Syed Saddiq sendiri amat sinonim dengan gaya hidup bebas, Gambar-gambar beliau yang berpesta dalam kelab-kelab malam tersebar secara meluas. Malah baru-baru ini beliau turut terpalit dengan isu skandal bersekedudukan dengan anak Menteri Besar Selangor di Paris. Walaubagaimanapun beliau telah menafikan dakwaan tersebut.

Kita sememangnya disarankan agar bersederhana dalam semua perkara namun tindakan terlalu mengambil ringan dalam bab-bab agama dilihat sebagai cubaan untuk meruntuhkan institusi Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan pegangan orang-orang Melayu.

Perkara yang nyata haram tetap haram walaupun cuba diputar belitkan. Rakyat Malaysia amat terkilan dengan sikap pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan dipimpin DAP yang cuba meniup hasutan was-was terhadap hukum yang termaktub dalam Al Quran dan Hadis dengan memberi gambaran yang salah kepada remaja Melayu dalam isu seks bebas ini.

Mereka cuba merosakkan anak bangsa Melayu.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*