Remaja 14 Tahun Dedah Buat Seks Dengan Adik Selepas ‘Belajar Daripada Kawan Bapa, Abang Tiri’

Share This:

 

Seorang budak lelaki berusia 11 tahun dikatakan telah membenarkan adik perempuannya yang berusia lapan tahun melakukan hubungan seks dengannya pada tahun 2013 yang lalu.

 

Sebelum itu,dia telah mengalami penderaan seksual oleh rakan bapanya ketika berumur tujuh tahun. Abang tirinya turut melakukan perkara yang sama terhadapnya ketika dia berusia 10 tahun.

 

Ketika bapanya mendapat tahu tentang perbuatan itu dan meminta penjelasannya, dia telah memberitahu apa yang telah berlaku sebelum itu.

 

Menurut sumber,budak itu kini yang berusia 14 tahun juga mendedahkan bahawa abang tiri dan adik perempuannya beberapa kali menggunakan kaki mereka untuk menggosok bahagian sulitnya.

 

Terkejut dengan apa yang berlaku, bapanya dikatakan melaporkan perkara itu kepada pihak polis serta Kementerian Pembangunan Sosial dan Pembangunan Keluarga (MSF).

 

Pada Isnin, abang tirinya yang berusia 25 tahun itu didapati bersalah melakukan serangan seksual liwat di tempat letak kereta di Havelock Road pada 2012, dan dua tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kanak-kanak pada tahun 2013.

 

Rakan bapanya yang berusia 56 tahun itu, yang telah bekerja dengan bapa mangsa di sebuah gerai roti prata, telah dihukum penjara enam tahun bagi kesalahan itu yang dilakukan antara Disember 2009 dan Januari 2010.

 

Timbalan Pendakwa Raya Sruthi Boppana berkata siasatan menunjukkan pada tahun 2012, abang tirinya itu membawa mangsa ke tempat letak kereta bertingkat di Havelock Road, di mana dia telah melakukan kesalahan itu di bahagian tangga tanpa kebenaran mangsa.

 

Budak lelaki itu, yang ketika itu dalam Darjah 4 merahsiakan apa yang telah berlaku kerana tertuduh mengugutnya, menyatakan akan berlaku ‘masalah besar ‘dalam keluarga’ jika dia berbuat demikian.

 

Pada 20 Jun 2013, kanak-kanak itu yang berada di rumah didatangi saudara tiri lelakinya yang mencekup mulutnya dan membawanya ke sebuah bilik.

 

Dia membaringkan mangsa atas lantai. Tertuduh kemudian melakukan perbuatan lucah sebelum meletakkan kaki kanak-kanak itu pada bahagian-bahagian sulitnya.

 

Pada bulan yang sama, tertuduh meminta adik tiri perempuannya untuk pergi ke sebuah bilik dan melakukan perbuatan tidak senonoh yang sama.

 

Peguam bela G. Dinagaran berkata seorang doktor dari Institut Kesihatan Mental telah menyatakan bahawa tertuduh mengalami kecacatan akal ringan, dan fungsi sosialnya adalah dalam kadar yang amat rendah.

 

Justeru,kes tersebut perlu diambil sebagai pengajaran bagi ibu dan bapa dalam meninjau kelakuan anak-anak dan memerhati tingkah laku mereka supaya perkara sebegitu tidak terjadi.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*