Rafizi Kutip Derma Lagi, Untuk Bayar Gaji Petugas Dan Diri Sendiri

Share This:

Selama hidup dalam Malaysia, belum pernah lagi Barisan Nasional (BN) dilihat mengutip derma daripada rakyat untuk membiayai kerja politik calon parti, tapi di dalam Pakatan Harapan (PH) ada dan kutipan itu dilakukan oleh badan kelolaan Rafizi Ramli, Invoke.

Dikatakan sebelum ini, Naib Presiden PKR itu sudah kutip RM1.5 juta dari orang awam tapi hanya membayar RM300,000 selepas kalah kes saman National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Rafizi sekali lagi lancarkan kutipan yang baru.

Bayaran akan dibuat kepada kira-kira 30 orang wakil rakyat dan calon prospek mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Kalau calon-calon prospek pun sudah tidak ada sumber kewangan yang kukuh sampai kena harapkan dana dari derma, bagaimana mereka mahu jalankan tugas untuk rakyat.

Ahli Parlimen PKR-Pandan itu dalam kenyataan hari ini berkata, Invoke berharap mengutip RM5 juta lagi daripada orang ramai yang akan digunakan untuk membantu 53 calon pada pilihan raya umum akan datang.

Rafizi berkata jumlah itu akan dibelanjakan untuk sukarelawannya, penyelenggaraan 17 pejabat di seluruh negara, dan gaji untuk 102 kakitangan.

Beliau menganggarkan bahawa RM3.5 juta akan diperlukan untuk perbelanjaan operasi bulanan, sementara baki RM1.5 juta akan dibelanjakan untuk kempen khusus.

Katanya, Invoke berkempen untuk mengketepikan BN dengan tumpuan ke atas sekitar 50 kerusi parlimen yang dimenangi tipis pada tahun 2013.

“Sekiranya Invoke perlu bertahan sehingga Julai 2018, bermakna Invoke perlu pembiayaan untuk lapan bulan lagi.

“Justeru, Invoke bakal melancarkan kempen pembiayaan daripada orang awam terbesar yang pernah kami usahakan,” katanya merujuk projek akan dilancarkan petang ini.

Nampaknya dalam pembangkang benar-benar rakyat yang bayar gaji kerja politik. Mereka fitnah kata 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan untuk membiayai kemewahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tapi sampai sekarang tidak ada bukti.

Mereka melalui pemimpin mereka sendiri mengemis duit rakyat untuk membayar gaji dan kehidupan para petugas PH ini untuk melalui pilihan raya akan datang. Sepatutnya kalau mahu ambil alih Putrajaya, pembangkang mesti tunjuk kepada rakyat mereka mampu untuk membangunkan negara.

Kalau seperti ini, apa sahaja projek untuk rakyat nanti seperti lebuh raya rakyat akan membayar kos pembinaannya melalui derma, kalau cukup bina, kalau tidak cukup tunggulah lama-lama sampai cukup.

Senang sangat buat kerja jadi pembangkang dalam PH.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*