Permohonan Baru, Kemaskini BR1M 2018

Share This:

 

Permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 akan bermula 27 NOV 2017 – 31 DIS 2017.

 

Bagi sesiapa yang layak,sebagai pemohon baru,anda perlu mendaftar pada tarikh tersebut,manakala bagi yang sudah mendaftar juga anda hanya perlu mengemaskini data maklumat anda mengikut tarikh yang sama.

 

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat diteruskan pada tahun 2018 dengan pengekalan kadar bantuan kewangan maksimum RM1,200 sepertimana diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2018 yang berlangsung di Parlimen pada 27 Oktober 2017.

 

Siapakah yang layak membuat Permohonan BR1M 2018?

 

i. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

 

ii. Pemohon yang layak membuat permohonan BR1M 2018 perlulah memenuhi syarat seperti berikut:

 

ii. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

 

iv. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah

 

v. Tidak termasuk pelajar yang menerima bantuan Baucar Buku (RM250)

 

 

Syarat Permohonan BR1M 2018 :

 

1. Pemohon digalakkan utk mengisi borang kemaskini BR1M 2018 dengan LENGKAP.

 

2. Pemohon yang tidak lulus SSM yang hanya dapat RM700 tahun ini dan tidak membuat rayuan khas pada Julai 2017 yg lalu perlu membuat PERMOHONAN BARU.

 

3. Pemohon yg tidak mengemaskini sejak BR1M 2014 juga perlu membuat permohonan baru.

 

4. Pemohon/pasangan/tanggungan yg berdaftar dengan SSM tetapi perniagaan tidak aktif digalakan untuk TAMATKAN SSM. Dokumen penamatan perlu disertakan bersama borang kemaskini/permohonan baru.

( tidak termasuk Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan)

 

5. ALERT Pemohon tidak akan menerima surat rasmi mengenai pemberitahuan BR1M 2018 sebaliknya hanya menerima PAMPLET mengenai BR1M dan borang perlu diambil di LHDN terdekat bermula 27 Nov 2017.

 

6. Waktu Operasi kaunter BR1M 2018 adalah spt berikut :

a) 8.30pg-5.00 ptg (ISNIN-JUMAAT)

9.00pg-4.00ptg (30-31 Dis 2017-minggu akhir SABTU dan AHAD)

 

 

Bagi negeri PERLIS, PENANG, PERAK, SELANGOR, KL, N.SEMBILAN, MELAKA dan PAHANG

 

b) 8.30pg-5.00ptg (AHAD-RABU)

8.30pg-3.30ptg (KHAMIS)

9.00pg-4.00ptg (29-30 Dis 2017-minggu akhir JUMAAT dan SABTU)

 

 

Bagi negeri KEDAH, KELANTAN, JOHOR dan TERENGGANU

 

c) 8.00pg-4.00ptg (ISNIN-JUMAAT)

9.00pg-4.00ptg (30-31 Dis 2017-minggu akhir SABTU dan AHAD)

 

 

Bagi SABAH dan SARAWAK

 

d) Tiada kaunter yg akan dibuka pada CUTI UMUM

 

(MAULIDUR RASUL, HARI KRISMAS dan HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR (utk negeri Selangor sahaja) )

 

Untuk mendapat Borang Permohonan baru dan kemaskini BRIM 2018, sila klik link berikut:

Permohonan baru dan kemaskini BR1M

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*