Pelepasan Cukai Dua Kali Ganda Untuk Majikan Ada Pekerja OKU

Share This:

Menurut statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia sehingga Jun 2017, sejumlah 431,047 pendaftaran orang kurang upaya (OKU) telah direkodkan.

Seramai 61% terdiri daripada bangsa Melayu yang merupakan golongan tertinggi berdaftar. Manakala bangsa Cina dan India masing-masing menyumbang kepada 19% dan 10% kepada kumpulan OKU berdaftar.

Begitu juga dengan bantuan kerajaan dalam pengambilan OKU dalam sektor kerajaan. Ini dapat dilihat daripada statistik sehingga Jun 2017, seramai 3,534 orang OKU di tempatkan di pelbagai jawatan di setiap negeri yang tersenarai.

Menurut statistik, seramai lebih 555 ribu pekerja OKU di tawarkan di dalam bidang perguruan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Galakan turut diberikan oleh kerajaan melalui pembentangan Bajet 2018 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memberikan penerangan bahawa TN50 juga menekankan aspek pembelaan nasib semua golongan, termasuklah kebajikan Orang Kurang Upaya atau OKU.

Buat masa ini, pelepasan cukai dua kali ganda kepada jumlah penggajian yang dibayar oleh majikan yang menggaji pekerja OKU dengan syarat pekerja OKU tersebut perlu disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Justeru bagi Bajet 2018, sebagai galakan kepada syarikat swasta, potongan cukai tambahan bagi majikan menggaji OKU diperluaskan kepada majikan yang menggaji pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit kritikal.

Walau bagaimana pun, pekerja OKU ini perlu mendapat pengesahan daripada Lembaga Perubatan PERKESO bahawa mereka masih layak bekerja berdasarkan keupayaan mereka.

Sebarang pertanyaan dan penerangan lebih lanjut juga boleh dirujuk di laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia www.hasil.gov.my .

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*