“Paling Kurang Mengajar Remaja Mengamalkan ‘Seks Selamat’ Dengan Menghalang Mereka Mengandung”-Syed Saddiq

Share This:

Baru-baru kita digemparkan di Dewan Rakyat dengan berita kebanyakkan bayi dalam kes baby dumping dikatakan adalah melayu dan bagaimana cara untuk menyelesaikannya.

 

Adakah kenyataan tersebut sesuai digunakan bagi umat islam sedangkan ia lebih kepada pendidikan seks barat?

 

Pendidikan seks acuan Barat dikatakan hanya sekadar bersifat menekankan kaedah hubungan ‘seks selamat’,iaitu sekadar mencegah kehamilan serta penyakit bawaan seks(STDs) sahaja,tanpa melahirkan elemen tanggungjawab serta rasa malu dan amanah terhadap diri sendiri atau pasangan.

 

Antara komen netizen mengenainya :

 

Berbeza dengan pendidikan seksual dalam Islam,ia bermula sejak awal perkembangan kanak-kanak memasuki alam dewasa lagi dengan memberi penekanan terhadap nilai kehormatan individu yang mesti dijaga.

 

Selain daripada pemisahan tempat tidur,umat Islam juga,baik lelaki atau perempuan,juga disuruh agar menjaga pandangan,bagi mengelakkan berlaku ransangan secara visual.

 

Kemudian sebagai langkah akhir,ialah fasa hukuman terhadap pesalah seksual,baik kesalahan zina,rogol serta jenayah-jenayah seksual lainnya,dengan tujuan mendidik manusia bahawa hubungan seks bukanlah sekadar untuk melampiaskan nafsu tanpa mengira keharmonian manusia lain.

 

Menurut sumber dalaman berkata,inilah yang sewajarnya difahami oleh sebahagian aktivis pada hari ini sebelum sibuk turun dan mengelirukan remaja Islam dengan kempen ‘pendidikan seks’ yang hanya akan berakhir dengan pemberian kondom percuma yang seolah-olah menggalakkan hubungan seks bebas, asalkan ‘selamat’ tanpa memberi penekanan bahawa hal tersebut adalah suatu kesalahan.

 

Justeru dalam hal tersebut,mereka perlu diberi pendidikan menurut acuan Islam dan kesusilaan Timur,bukan dengan mempromosikan kepada mereka kaedah seks ‘selamat’ yang lebih kepada pendidikan barat.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*