Nasi Kandar 3 Jam Tarik Perhatian Pelanggan

Share This:

 

Apabila bercerita mengenai nasi kandar pasti ramai terliur mendengarnya apatah lagi merasai hidangan di warung Nasi Kandar Makcik Rogayah ini.

 

Menurut sumber,melihat tinjauan pelanggan ,rata-rata ramai yang sukakan keenakan masakan makcik gayah yang cukup sedap berbanding yang lain.

 

Bagi mereka yang berdekatan dengan kejiranan Subang Jaya atau lebih spesifik di USJ 11, mungkin mereka sudah biasa merasai keenakkan nasi kandar makcik Gayah.

 

Jangan mengharapkan nasi kandar komersial biasa yang anda boleh dapatkan di kedai-kedai nasi kandar , sebaliknya nasi kandar hasil air tangan makcik Gayah ini dimasak sepenuh hati ala masakan rumah namun dengan ramuan dan bahan berkualiti.

 

Warung nasi kandar makcik gai juga dikatakan dibuka dihadapan halaman rumahnya itu hanya beroperasi pada seawal 6.30 pagi hingga 9.30 pagi pada hari Ahad sahaja.

 

Antara lauk yang dihidangkan kari kepala ikan,daging sambal hitam,sambal udang dan juga menyediakan kopi percuma buat pelanggan-pelanggannya.

 

Perlu diingatkan juga bagi sesiapa yang ingin merasai keenakan masakannya perlu datang ke gerainya lebih awal,kerana hanya beroperasi 3 jam,pukul 8.30 lauk sudah habis ,tetapi orang masih ramai yang datang untuk menikmati hidangan itu.

 

Bagaimanapun,makcik gayah menyediakan Kesemua bahan-bahan basah seawal 2 pagi kerana semua dilakukan bersendirian yang juga mementingkan kebersihan dan kesedapan makanan itu sehingga menjelang subuh, semua makanannya akan dihidangkan untuk para pelanggan.

 

Bakat memasaknya juga adalah bakat turun menurun yang diwarisi daripada arwah ibunya Rashidah Katun Wahidmiah yang dijuri oleh ayahnya sendiri mengenai kesedapan makanan itu.

 

Namun,disebalik keenakan masakan makcik gai terselit cerita duka bagi wanita berusia 62 tahun ini kerana dia disahkan menghidap kanser ovari tahap 3 pada September tahun lalu dan sudah enam kali menjalani rawatan kimoterapi.

 

Dalam kesibukan dirinya memasak bersendirian,dia cuba melawan penyakit itu dengan berfikir secara positif dan tidak mahu memikirkan tentang penyakitnya ,hanya berserah kepada Allah dengan melakukan ibadah solat 5 waktu dan mengaji al-quran.

 

Semoga perniagaan makcik gai berjaya disamping tabah menjalani kehidupan seharian.Bagi mereka yang sukakan nasi kandar boleh datang dan menikmati masakan makcik Gayah ini.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*