Meroyan Bila RM19 Billion Hilang Dari Kocek Kroni

Share This:

SATU perkara yang pasti, agenda utama pembangkang adalah mencari salah dan melaungkan kesalahan itu, baik yang dilakukan oleh kerajaan atau pun syarikat berkaitan kerajaan. Ini bertujuan untuk mendapatkan keuntungan politik dan menarik sokongan pengundi ke arah mereka.

Dalam hal ini kita tidak hairanlah  berbagai cubaan dilakukan oleh  pihak pembangkang dalam usaha untuk menjatuhkan 1MDB dan Perdana Menteri dengan mengaitkan pelbagai isu yang dimainkan untuk  melihat rakyat terus menyerang kerajaan.

Tony Phua saban hari memikirkan agar sesuatu yang baru dapat dibangkitkan untuk  dijadikan satu isu yang boleh dipertikaikan oleh rakyat terhadap kerajaan. Terbaru Tony Phua telah memulakan serangan semula terhadap isu berkaitan IPP dan 1MDB  yang dikatakan tidak memberikan manfaat kepada rakyat.

Wlalau bagaimana pun Tony Phua lupa bahawa  pembohongan maklumat yang dilakukan olehnya itu  dengan menyembunyikan  fakta sebenar telah dapat dikesan oleh rakyat yang semakin bijak menilai.

Kita sedia maklum bahawa Tony Phua adalah diantara orang yang amat lantang memperkatakan hal ini  dan cuba membuka isu baru dan meyembunyikan isu yang sebenarnya sebagaimana dikeluarkan  didalam Roketkini.

Pada 14 Nov 2017- Tony Phua dalam satu kenyataannya di roketkini  cuba memutar belitkan  isu berkaitan IPP dan 1MDB  adalah satu cubaan untuk memutar belitkan  minda rakyat dimana  beliau hanya menekankan persoalan dalam satu sudut tafsiran sahaja.

Dalam kenyataannya, Tony Phua mengatakan bahawa “1MDB jimatkan wang negara? Mengarut!” adalah satu bentuk persepsi yang dikeluarkan untuk meletakkan kesalahan kepada 1MDB tetapi cuba menyembunyikan fakta yang dinikmati rakyat setelah beberapa tindakan drastik yang diambil oleh 1MDB.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bahawa penglibatan 1MDB dalam industri jana kuasa melalui pemilikan beberapa pengeluar tenaga bebas (IPP) akan membawa keuntungan kepada rakyat adalah  benar.

Malah, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam memutar dan menyembunyikan  fakta sebenar menyifatkan dakwaan Najib bahawa 1MDB menjimatkan negara sebanyak RM200 bilion untuk tempoh 20 tahun akan datang melalui pembabitan itu sebagai mengarut.

Ternyata  kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana menteri berkaitan dengan penjimatan tersebut adalah  perkara yang melibatkan pembayaran subsidi bahan api.

Menurut pendedahan sumber, kerajaan terpaksa menanggung subsidi bahan api kepada  IPP bebas sekitar RM16billion hingga RM19 billion setahun.

Malah pada Mei 2011, salah seorang ahli parlimen pembangkang menyifatkan IPP sebagai ‘kilang dadah yang besar’ yang memerlukan jumlah subsidi yang sangat besar dari kerajaan yang terpaksa ditanggung.

Pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan. Ianya dilakukan dengan perjanjian yang membebankan kerajaan dan juga membantutkan pembangunan untuk rakyat.

Pemilikan 1MDB terhadap IPP Tanjong Energy, Genting Sanyen dan Jimah tidak memberi kesan terhadap perubahan kos atau kadar tarif elektrik berikutan syarikat itu menetapkan kadar mengikut perjanjian.

Tetapi Tony Phua langsung tidak menerangkan adakah perjanjian tersebut masih berjalan setelah pembelian dilakukan oleh 1MDB? Sudah pastinya perjanjian tersebut terbatal. Pada sudut yang lain juga ianya tidak memberikan kesan dan kos serta tariff yang membebankan rakyat. Cuma sebahagian lagi perjanjian yang sedang diruskan oleh Mypower.

Penyembuyian faktanya disini oleh Tony Phua ialah tidak menerangkan bahawa  kerajaan telah dapat mengurangkan satu bentuk pembayaran yang besar dalam bentuk subsidi sebanyak RM19 billion setahun  dan jika dalam masa 20 tahun kerajaan akan terus mengurangkan sebanyak RM380biliion.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tony Phua yang mengatakan kerajaan akan  dapat mengurangkan sebanyak RM200billion hasil pemilikan IPP itu  itu adalah sangat mengarut adalah satu pembohongan dan mengelirukan minda rakyat.

Memang benar bahawa penglibatan 1MDB tidak memberi kesan kepada kos tenaga atau kadar tarif, malah  telah berlaku  penjimatan kos  tetapi dari satu sudut yang lain kerajaan telah mengurangkan penggunaan wang  kerajaan dalam pembayaran subsidi.

Melalui subsidi yang telah kembali ke tangan kerajaan,  rakyat Malaysia sekarang sedang  menikmati proses pembangunan yang tertangguh seperti penambahbaikan sistem pengangkutan awam darat, sistem jajaran rel yang semakin berkembang  dan ianya memberikan kemudahan dan keselesaan untuk rakyat.

Bukan itu sahaja  melalui perkongsian hasil Negara berbagai bantuan serta lebuh raya telah dapat dibina tanpa ada  bayaran tol  sepanjang beribu batu. Sedangkan sebelum ini RM19 billion tersebut  diberikan kepada IPP yang dibuat dengan perjanjian berat sebelah.

Sebenarnya, pujian harus diberikan kepada Dato Seri Najib, Suruhanjaya Tenaga dan 1MDB kerana telah menyelamatkan negara kita dari subsidi berlebihan yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat ‘anak emas’ dari regim yang terdahulu. Pujian harus diberikan kepada yang layak menerimanya Iaitu Dato Seri Najib Razak.

Ironinya, ketika Tun menjadi Perdana Menteri, pihak pembangkang begitu lantang mempersoalkan layanan yang begitu istimewa dinikmati oleh IPP tersebut. Dan sekarang mereka sekali lagi begitu lantang dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri  dan 1MDB untuk menyelamatkan negara dari menanggung subsidi yang terlampau banyak.

Bagaimana ianya berlaku, Akibat ketidaksamaan harga LNG import dan gas tempatan, TNB yang memperolehi keuntungan yang sedikit dari IPP tidak dapat menyerap ketidaksamaan harga ini dan tidak dapat membeli secara terus gas LNG import ini. Akhirnya, PETRONAS terpaksa bertindak sebagai pengimport dan pemberi subsidi.

Di bawah (kepimpinan) Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Tun Razak, sebuah syarikat iaitu MyPower telah ditubuhkan oleh Kerajaan untuk merunding kembali perjanjian yang masih berbaki dengan IPP.

Selepas itu, 1MDB telah membeli IPP dari Ananda Krishnan pada Mac 2012, diikuti dengan pembelian IPP Genting pada Ogos 2012.

Akhirnya, pada Oktober 2012, Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan keputusan perjanjian konsesi dengan IPP. Seperti yang telah digariskan di dalam perjanjian ini, tempoh konsesi perjanjian dengan IPP yang dimiliki oleh Ananda tidak akan dilanjutkan, begitu juga dengan perjanjian baru konsesi dengan 3 lagi IPP.

Konsesi baru hanya akan diberikan kepada 1MDB dan TNB. Perjanjian baru ini bertujuan untuk memastikan syarikat swasta tidak akan membuat keuntungan yang berlebihan melalui subsidi kerajaan.

Tony Phua harus ingat bahawa pemesongan fakta atas dasar politik bukan  kaedah yang bijak diwaktu ini dimana rakyat sedang dan  boleh mendapat maklumat yang benar hanya dihujung jari sahaja. Nampak sangat pihak pembangkang sudah amat terdesak.

Untuk makluman Tony Phua . Akibat dari kesilapan yang dilakukan semenjak tahun 1990an, semenjak 20 tahun yang lepas,iaitu  Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Mernteri pada masa itu telah mengakibatkan  Petronas dan TNG  telah mengalami kerugian yang dianggakan berjumlah RM 100 bilion.

  • pru14.tv

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*