Mana Perginya RM 2.05 Juta Sumbangan Derma Untuk Mangsa Banjir?

Share This:

Semasa banjir besar melanda Pulau Pinang pada awal bulan lalu, antara tindakan awal yang dilakukan oleh DAP adalah melancarkan tabung kutipan derma yang kononnya untuk rakyat Pulau Pinang yang teruk terjejas. Hasilnya, sebanyak RM 6.18 juta berjaya dikumpulkan sehingga minggu lalu dan difahamkan tabung berkenaan masih menerima sumbangan derma dari orang ramai dan beberapa buah syarikat.

Bagi kerajaan Pulau Pinang pula, baru-baru ini, Lim Guan Eng mengumumkan pertambahan bantuan dari kerajaan negeri sebanyak RM 700 kepada setiap mangsa banjir yang terjejas di Pulau Pinang. Ini adalah kenaikan sebanyak RM 200 dari jumlah asal sebanyak RM 500 yang dumumkan Guan Eng minggu lalu.

Menariknya, wang bantuan ini adalah hasil daripada kutipan derma yang dilancarkan oleh DAP semasa bencana berkenaan berlaku 10 hari yang lalu. Ketika puncak bencana berkenaan melanda Pulau Pinang, sejumlah 5,900 orang dipindahkan ke pusat pemindahan dengan kesemuanya mengalami kerugian dari segi harta benda.

Melihat kepada jumlah ini, sekiranya setiap seorang menerima RM 700, sebanyak RM 4.13 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri hasil daripada kutipan derma berkenaan untuk disalurkan kepada kesemua 5,900 orang penduduk yang terjejas. Soalannya, kemana wang RM 2.05 juta hasil daripada kutipan derma berkenaan di belanjakan?

Jika dilihat dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng, kerajaan negeri sedia menambah dana sehingga RM 20 juta untuk disalurkan kepada mangsa yang terlibat. Jika dilihat dari pengiraan kasar jumlah mangsa banjir dan jumlah bantuan yang bakal disalurkan, ianya hanyalah RM 4.13 juta, tidak sampai pun angka RM 6.18 ataupun RM 20 juta seperti yang didakwa oleh Guan Eng.

Apa drama yang cuba dibuat oleh Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang ini? Adakah dengan kenaikan RM 200 dari peruntukan asal, ianya mampu untuk mengaburi rakyat Pulau Pinang sedangkan sejumlah RM 2.05 juta lagi langsung tidak disebut atau disentuh oleh Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Lebih menghairankan, ada penduduk yag terjejas dalam banjir kilat di Pulau Pinang yang lalu turut mendakwa, bantuan kilat dari kerajaan DAP Pulau Pinang sebanyak RM 400 juga sehingga kini masih belum dilunaskan. Jika bayaran sebanyak inipun masih belum dilunaskan, bagaimana pula wang RM 700 berkenaan mahu dibayar?

Cukup-cukuplah Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang mempersembahkan opera ataupun drama terhebat untuk mengaburi rakyat Pulau Pinang. Kesemua 5,900 orang penduduk yang terjejas sudah cukup terseksa menerima akibat hasil daripada ketamakan Lim Guan ENg mentadbir Pulau Pinang. Takkan jumlah bantuan kepada mereka yang amat memerlukan pun masih terdapat unsur penyelewengan?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*