Malu Lahir Anak Luar Nikah, Ibu Tikam Bayi

Share This:

Kejam! Itulah yang boleh dikatakan terhadap kejadian yang sangat menyayat hati ini.

Warta Ekspres melaporkan seorang pelajar universiti sanggup menikam bayi tak berdosa dengan gunting akibat malu melahirkan anak luar nikah.

Dikenali sebagai Fitrianti Wibow, 20 dari Universiti Muhammadiyah Perwokerto (UMP) menikam mangsa di bilik hostel yang disewanya.

Seorang wanita, Dian Seotiani telah berasa curiga dengan perbuatan suspek selepas mendengar bunyi tangisan dari bilik suspek.

Hal tersebut dilaporkan kepada pemilik hostel iaiti Pujiati sebelum wanita itu dan suami ke bilik suspek dan menemui mangsa dalam keadaan kritikal di hadapan tandas.

Suspek juga dikatakan berada dalam tandas ketika itu.

Laporan pemeriksaan perubatan mendapati mangsa ditikam beberapa kali menggunakan gunting sehingga terburai usus selain kesan cakar dijumpai di belakang mangsa.

Bayi itu kini dirawat di hospiral Magoro Soekarjo.

Dalam pada itu, media tempatan Indonesia melaporkan suspek telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital yang berlainan

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*