Mahathir Patut Selamatkan PPBM Dulu Baru Fikir Mahu Selamatkan Malaysia

Share This:

Keadaan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini memang cukup berserabut. Manakan tidak, satu persatu bahagian parti berkenaan bertindak membubarkan bahagian mereka dengan ribuan ahli PPBM turut meninggalkan parti yang ditubuhkan hasil daripada dendam kesumat Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Tun Dr Mahathir terhadap UMNO.

Setelah Bahagian Kuala Kangsar dan Parit mengumumkan pembubaran bahagian berkenaan kepada media beberapa bulan lalu, tiba giliran Bahagian Batu Gajah pula mengumumkan pembubaran mereka. Tindakan ini diambil setelah mereka merasa diri mereka dipinggirkan oleh kepimpinan parti selain tidak berpuas hati dengan perlantikan Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi Perhubungan PPBM di Perak.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh 3 bulan, ahli PPBM menolak perlantikan Ahmad Faizal ini. Sebelum ini, bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman turut meletakkan jawatan dan mengumumkan keluar dari PPBM juga dengan menggunakan alasan yang sama selain beberapa isu yag dianggap sebagai menyerlahkan masalah dalaman parti.

Lebih hebat lagi, PPBM juga berhadapan dengan kemungkinan diharamkan penubuhannya berikutan kegagalan kepimpinan parti berkenaan mengadakan Mesyuarat Agung seperti yang ditetapkan dalam undang-undang pertubuhan di Malaysia. Malah, sayap parti itu, Armada PPBM juga dipertikaikan kewujudannya kerana sayap berkenaan langsung tidak dicatatkan dalam perundangan parti.

Melihat akan kesemua perkara ini, timbul persoalan, apa reaksi Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir bagi menangani masalah-masalah ini? Bagaimana pula reaksi pengasasnya, Muhyiddin Yasin apabila tersebarnya satu persatu bahagian PPBM dibubarkan termasuk ribuan ahli yang bertindak keluar parti?

Memang melucukan apabila sehingga hari ini, walaupun sudah lebih 10 bahagian PPBM dibubarkan, Mahathir langsung tidak memberikan respon positif apatah lagi berusaha untuk memujuk mereka yang telah meninggalkan parti berkenaan. Apa yang ada adalah, dia menyifatkan mereka yang meninggalkan perjuangan parti dendam berkenaan sebagai sampah yang tidak berguna untuk parti.

Namun begitu, disebalik kesan retak dan beberapa bahagian parti berkenaan sudah roboh, Mahathir masih sibuk dengan retoriknya mahu menyelamatkan Malaysia. Dia nampaknya langsung tidak memperdulikan detik kehancuran partinya, sebaliknya lebih suka berdiri di atas pentas-pentas ceramah dengan menyebarkan fitnah serta melaungkan Selamatkan Malaysia.

Lebih hebat lagi, Muhyiddin Yasin sehingga kini langsung tidak mengulas tentang kehancuran beberapa bahagian parti berkenaan di seluruh negara. Dia seolah-olah langsung tidak kisah seandainya parti berkenaan hancur dan lebih senang duduk mendiamkan diri dari berbuat sesuatu untuk menyelamatkan partinya.

Untuk ini, Mahathir perlu menoleh sebentar untuk melihat, berapa ramai lagi yang masih setia dan taksub pada perjuangan dendam dan gilanya ini dari sibuk untuk menyelamatkan Malaysia. Sekiranya dia benar-benar berhasrat meletakkan PPBM sebagai sebuah parti yang kuat, Mahathir perlu membetulkan semula kebanyakan bahagian PPBM yang kini diambang kehancuran.

Jika tidak, memang jelaslah bahawa perjuangan Mahathir hari ini adalah demi menyelamatkan kekayaannya yang berada diluar negara, menyelamatkan kroni dan mahu memastikan Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri walaupun dia akhirnya terpaksa menggunakan tiket DAP untuk bertanding. Malaysia tidak perlukan suara seorang tua yang sudah melepasi zamannya untuk diselamatkan. Selamatkan parti dan diri sendiri dahulu barulah mahu menyelamatkan Malaysia.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*