Khairy Membayangkan Malaysia Ke Piala Dunia 2050

Share This:

Walaupun bola sepak negara tidak berada dalam prestasi meyakinkan ketika ini, namun Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin optimis Malaysia mampu layak ke Piala Dunia 2050, selain akan membida hak tuan rumah kejohanan berpresij itu pada 2034.

Menurut Khairy, beliau sedar penyokong Malaysia mengimpikan untuk melihat Harimau Malaya beraksi dalam Piala Dunia, justeru beliau meminta mereka memberi ruang untuk menuju ke arah itu.

“Saya fikir sukan memainkan peranan besar untuk negara seperti badminton, berbasikal namun sukan yang memberi kegembiraan mutlak adalah bola sepak.

“Usaha keras sedang dilakukan, namun keputusan tidak boleh diperoleh dalam tempoh semalaman. Pembangunan NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Negara) dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) sedang melakukan usaha pembangunan pemain di peringkat akar umbi. Semua kerja ini memerlukan masa.

“Saya berharap dan berdoa pada 2050 kita akan layak ke Piala Dunia dan sebab itu kita mahu membida tuan rumah Piala Dunia pada 2034,” katanya ketika sesi dialog TN50x: Aspirasi Belia CIMB ‘Meneraju Perbankan dan Memacu Sukan di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy menyedari ketika ini peminat setia Harimau Malaysia mahukan keputusan segera, dan biarpun terdapat jalan pintas dengan mengambil pemain naturalisasi namun ia bukan penyelesaiannya.

“Ramai cakap gunakan pemain naturalisasi. Singapura mengambil pemain naturalisasi tetapi saya tidak fikir itu adalah penyelesaiannya.

“Kita mahu selesaikan struktur permasalahan dan sistem yang dihadapi. Sudah pasti ia mengambil masa,” katanya lagi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*