Jururawat Menangis Selepas Dipaksa Lakukan Tarian Seksi,Ghairah

Share This:

 

Aksi yang mengejutkan apabila jururawat di sebuah hospital di Korea Selatan ‘menangis malu’ apabila mereka dikatakan dipaksa melakukan tarian seksi dan ghairah di hadapan pegawai-pegawai tinggi hospital.

 

Situasi tersebut dikatakan mencetuskan kemarahan di negara itu selepas video sekumpulan jururawat melakukan tarian seksual di pentas tersebar dalam talian.

 

Mereka memakai seluar pendek dan baju seksi semasa membuat persembahan ketika acara sukan tahunan pada Oktober.

 

Menurut sumber dalaman,kumpulan tersebut dilaporkan bekerja di Sacred Heart Hospital, di bandar utara Chuncheon.

 

“Mereka yang dipaksa menari biasanya jururawat yang baru bekerja, yang tidak dapat menolak arahan itu,” tulis salah seorang jururawat di media sosial pada Jumaat.

 

“Kami terpaksa menari di hadapan pegawai tinggi firma itu, yang duduk di meja panjang.”

 

Persatuan Jururawat Korea menyeru siasatan menyeluruh.

 

Dalam satu kenyataan: “Ramai jururawat yang menanggung beban kerja yang berat, gaji yang rendah dan kerap bekerja lebih masa atas dasar tanggungjawab dalam tugas mereka. Melihat perkara ini, skandal itu adalah satu penghinaan dan menyinggung perasaan jururawat.”

 

Setelah melihat rakaman tersebut, ramai jururawat lain tampil mendedahkan bahawa mereka juga terpaksa melakukan tarian yang sama.

 

“Kami dikehendaki berbaring di lantai dan mengangkangkan kaki di depan pesakit dan penjaga mereka,” tulis seorang jururawat.

 

Seorang lagi jururawat berkata mereka menangis apabila maruah mereka direndahkan, tetapi tidak diendahkan oleh pegawai-pegawai.

 

Malah seorang jururawat berkata mereka diarahkan oleh pengurus untuk membuat gaya menggoda ketika mereka melakukan persembahan pentas.

Kementerian Pekerjaan dan Buruh berkata ia sedang menyiasat aduan tersebut.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*