Fattah Amin,Fazura Tunai Umrah Bersama-sama

Share This:

 

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila timbul berita mengatakan mereka bakal bertunang pada 13 November lalu namun masing-masing masih lagi tidak mengulas mengenai perkara tersebut.

 

Mereka hanya memohon para peminat untuk mendoakan apa yang terbaik buat mereka sahaja dan berjanji akan berkongsi kepada peminat mengenai berita gembira jika benar mereka memang berjodoh.

 

Perkara tersebut telah menimbulkan tanda tanya para peminat serta netizen yang menganggap mereka akan menjalinkan hubungan yang lebih serius.

 

Lebih mengejutkan pada hari ini,apabila pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura telah pun selamat berangkat ke Makkah pagi tadi bagi menunaikan ibadah umrah.

Banyak desas desus di sosial media mengatakan kononnya Fazura sudah bernikah dengan Fattah bagi memudahkan urusannya di sana nanti.

 

Menurut sumber,rakan baik Fazura sendiri, Puteri Zarith yang juga pengasas produk OliCandy, memberitahu melalui sesi live di Instagramnya bahawa Fazura ke Makkah bersama dengan ibu, adik beradik dan pakciknya sendiri.

 

Jadi, tak timbul pun isu yang mana kononnya Fazura sudah bernikah dengan Fattah bagi memudahkan dia ke sana bersama dengan mahram.

 

Dalam kenyataan media yang diberikan, perjalanan mereka berdua ini turut disertai oleh ahli keluarga kedua belah pihak dan wakil pengurusan.

 

“Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa daripada semua rakan-rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan selancar-lancarnya. Insya-ALLAH.

 

“Berikutan susulan dari perkara ini, pihak Fattah Amin dan Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November 2017. Lokasi & masa sidang media ini akan kami kongsikan di waktu terdekat ini.

 

“Terima kasih atas doa-doa kalian dan insya-ALLAH, semoga diberkati dengan umrah yang mabrur,” ujar Fattah Amin dan Fazura.

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*