Diserang Tentang Octoberfest Buat Azmin Takut Dengan Utusan Dan BH

Share This:

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tidak tahan diasak bertubi-tubi oleh akhbar arus perdana Utusan Malaysia dan Berita Harian (BH) berkaitan penganjuran pesta arak Octoberfest bulan lepas, beliau jadi takut terus haramkan kerajaan negeri daripada melanggan akhbar itu di pejabat mereka.

Gaya pentadbiran Azmin dengan penjawat awam di negeri Selangor sudah macam Korea Utara apabila jadi diktator dan halang akhbar arus perdana daripada dibaca oleh penjawat awam di negeri itu.

Azmin takut apabila Utusan dan BH begitu aktif dalam mendedahkan pembohongan Pakatan Harapan (PH) dari pelbagai segi termasuk menerangkan kepada rakyat betapa pincangnya Bajet 2018 negeri Selangor yang banyak diadaptasi daripada Bajet kerajaan Barisan Nasional (BN).

Jika dibiarkan dua akhbar itu terus dilanggan oleh agensi di bawah kerajaan negeri, nanti lebih banyak penjawat awam di Selangor akan tahu tipu helah Azmin dan kemudian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti, pakatan tersungkur di Selangor.

Walaupun apa yang Azmin lakukan tampak seperti tidak beretika, tapi sebenarnya beliau bijak dalam memastikan semua faktor yang boleh menyebabkan PH hilang negeri Selangor harus dilenyapkan.

Dalam diam-diam, ramai sudah penjawat awam membeli akhbar berkenaan secara sendiri dan baca penipuan pembangkang di rumah.

Betapa takutnya Azmin akan hilang kerusi Menteri Besarnya di Selangor sampai secara terbuka menyatakan kebencian kepada akhbar berkenaan yang sudah lama beroperasi memberikan maklumat berita sahih kepada rakyat.

Dengan Utusan dan BH, pembangkang tidak boleh sesuka hati memaksa mereka melaporkan apa yang tidak benar berkaitan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dua akhbar itu sudah dikenali sebagai akhbar beretika yang melaporkan berita berdasarkan fakta dan bukan fitnah.

Pihak kerajaan negeri melalui pekeliling pada 9 November menyatakan bahawa hanya akhbar keluaran syarikat milik kerajaan negeri sahaja serta The Star boleh dilanggan. Akhbar yang dikeluarkan seperti Selangor Kini melaporkan berita berat sebelah yang memihak kepada pembangkang sahaja.

Eloklah, ada dua tiga penjawat awam yang beli sendiri dan bawa masuk ke dalam pejabat akhbar berkenaan untuk terus dapat berita dan maklumat benar tentang perbuatan jahat pembangkang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*