DAP Cuba Jadi Hero Isu Tudung Mahu Pancing Undi Bangsa Melayu

Share This:

Parti DAP sekali lagi cuba mengambil kesempatan hendak jadi wira kepada orang Islam di negara ini apabila berminat menawarkan bantuan guaman untuk mencabar larangan memakai tudung yang dikenakan oleh pengusaha hotel kepada petugas wanita di kaunter hadapan yang beragama Islam.

Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata larangan itu adalah satu diskriminasi dan tidak berperlembagaan.

Dengan mood prihatin, beliau berkata tidak ada sebab mengapa perlu ada dasar yang halang penggunaan tudung dalam indutri perhotelan.

“Ia bertentangan dengan hak perlembagaan seseorang untuk mengamalkan agamanya. Ia juga sangat tidak sensitif terhadap kepercayaan agama wanita Islam itu, yang patut kita hormati dan tegakkan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Jika benar-benar DAP mengambil berat tentang amalan orang Islam, kenapa mereka sesama pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) atau RUU355, ahli Parlimen DAP menentang dengan gaya paling kurang ajar dalam Dewan Rakyat.

Mereka menentang habis-habisan membuat bising dalam Parlimen sedangkan RUU355 tidak ada kaitan langsung dengan mereka selagi pemimpin DAP berkenaan bukan beragama Islam.

Perkara ini turut diulas oleh Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam laman sosial Facebooknya semalam.

“DAP tawar khidmat guaman untuk menunjukkan diri kononnya prihatin dengan Islam… Kalau prihatin kenapa tak bela RUU355,” kata Ramesh dalam statusnya.

Sebenarnya DAP hanya mengikut rentak trend isu apa yang tular dan mereka ambil kesempatan itu untuk jadi hero berlagak seperti sangat mengambil berat tentang wanita Islam.

Jika benar DAP mengambil berat, DAP tidak akan layan atau memberikan ruang kepada amalan seks bebas, seks sejenis dalam kalangan wanita seperti mana yang ditetapkan dalam hukum Islam dan juga kebanyakan agama lain di negara ini.

Amat menghairankan apabila di dalam Dewan Rakyat mereka membuat bising mengejek Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan RUU berkenaan tapi kini kononnya mahu mempertahankan wanita Islam yang bertudung.

Ini adalah satu lagi permainan helah politik DAP untuk dapatkan undi dari orang Melayu untuk mereka di saat DAP sudah boleh menjangkakan orang Melayu secara besar-besaran akan mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*