Dah Macam Orang Gila! Rupanya Itu Cara Iqram Dinzly Berseni

Share This:

Semenjak dua menjak ini, bermacam tohmahan dilemparkan terhadap Iqram Dinzly dek kerana perlakuannya yang disifatkan netizen sebagai pelik.

 
 
 
Jika sebelum ini dia dikecam kerana berswafoto di pusara bapanya, Iqram Dinzly sekali lagi dicemuh netizen gara-gara berkongsi swafoto bersama arwah bapa yang sedang nazak dengan lolipop di dalam mulut.
 
Iqram yang kini kelihatan tidak seperti dahulu, lebih kerap menyendiri dan tidak aktif di dunia lakonan. Imejnya juga banyak berubah sehingga timbul spekulasi dia membawa ajaran sesat.
 
 
 
Enggan berdiam diri, Iqram tampil membuka mulut. Seperti manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan, Iqram juga ‘terluka’ dengan komen dan persepsi negatif orang ramai terhadap dirinya.
 
 
Tak semua memahami dan faham apa sebenarnya sedang dihadapi Iqram sekarang. Bagaimanapun, masih ada yang menyokong Iqram dengan memberi kata-kata perangsang dan sokongan moral.
 
 
 
 
Semoga Iqram tak mudah patah semangat dengan komen negatif daripada netizen dan menjadi lebih kuat kelak.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*