Biar Betul Fattah, Fazura Nikah Senyap-senyap?

Share This:

Eh, eh. Biar betul pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura sudah selamat dinikahkan?

 
 

Foto: IG Fattah & Fazura
 
Dengar cerita, ada khemah yang dihias seperti majlis perkahwinan di kediaman dipercayai milik nenek Fazura di Petaling Jaya, malam semalam.
 
Berdasarkan tinjauan wartawan Harian Metro, selain keluarga pihak lelaki dan perempuan, rakan baik dan pengurus juga hadir pada malam itu.
 
 

Foto: Harian Metro
 
Bagaimanapun, adik serta pembantu peribadi Fazura mengawal ketat laluan masuk ke kediaman itu serta menutup pintu pagar apabila menyedari akan kehadiran wartawan.
 
Ketat juga kawalan mereka. Sampai setiap kereta yang lalu akan ditahan terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk. Malah, jalan masuk ke kawasan perumahan terbabit juga dikawal ketat. Mungkin bagi mengelak kehadiran tetamu tak diundang ke majlis.
 
Tapi seriuslah mereka bernikah senyap-senyap?
 
“Kenduri kesyukuran kot? Saya tak boleh nak berikan sebarang jawapan dan komen lebih lanjut,” kata pembantu pereka fesyen Rizman Ruzaini.
 
Masing-masing takut komen lebih ni. Begitu juga dengan pengurus Fattah Amin, Sakirin Shak atau dikenali sebagai Acha. Dia enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi pernikahan pasangan berkenaan.
 
“Nantikan saja sekiranya ada pengumuman dan kenyataan rasmi daripada pihak Fattah.
 
“Sejak semalam, saya menerima beratus panggilan telefon mengenai hal ini. Sekarang, kami sedang berkemas barang keperluan untuk mengerjakan umrah,” katanya.
 
 
Menurut Harian Metro, Fattah dan Fazura dikhabarkan bakal bernikah di hotel di Makkah ketika mengerjakan umrah.
 
Kalau tengok dari jawapan diberi, macam ya je dah bernikah. Mesti peminat semua dah tak sabar nak tahu kebenarannya. Penat dah nak berteka-teki, kan? Apapun, kita tunggu kenyataan rasmi daripada mereka.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*