Watford Tolak Tawaran Everton

Share This:

WATFORD menolak tawaran Everton untuk mendapatkan individu penting  kelab itu ketika ini.

Pegawai Everton sebelum ini dilapor telah menghubungi Watford untuk mendapatkan jurulatih skuad berkenaan, Marco Silva, 40.

Bagaimanapun hasrat Everton ditolak Watford kerana jurulatih berkenaan telah berjaya membawa kelab itu seperti yang disasarkan.

Silva yang merupakan bekas jurulatih Hull mempunyai kontrak selama dua tahun bersama Watford.

Daily Mail melaporkan, Everton memerlukan khidmat Silva selepas mereka memecat Ronald Koeman berikutan aksi buruk skuad berkenaan.

Selain Silva, Everton turut melakukan perbincangan dengan Sean Dyche dan Sam Allardyce untuk mengemui pasukan berkenaan.

 

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*