Tolong DAP Umpama Melepaskan Anjing Tersepit

Share This:

Semasa kesusahan DAP sanggup menjadi apa sahaja asalkan dapat mempergunakan orang lain untuk dipergunakan . Perangai DAP ini sudah tercatat dalam sejarah  bangsa Chauvanis yang mana akan  tunduk  patuh apabila kesusahan.

Tetapi DAP sebagai bangsa Chauvanis akan  bertukar wajah apabila mereka telah terlepas dari masalah dan terus kembali kepada sikap asal mereka yang sombong dan bongkak. Dikala untuk menunjukkan sikap ini mereka akan menggunakan apa sahaja untuk membuktikan mereka  tidak bersalah.

Bangsa chauvanis ini bukan jenis yang mahu menundukkan muka kepada yang membantu mereka terutama bukan dari proksi sokongan mereka sendiri. Mustahil bagi pemimpin DAP yang sanggup[ meminta maaf dan mengakui kesilapan yang mereka lakukan.

Jika semasa pembentangan Bajet 2018, bukan main mereka menyerang dan membidas Perdana Menteri, tetapi kini mengharapkan pula dana daripada kerajaan pusat untuk membantu..

Pembentangan bajet untuk rakyat yang dibentangkan oleh kerajaan Barisan Nasional  secara nyata telah diterjemahkan sebagai bajet untuk perkjongsian hasil bersama  rakyat oleh keranaan. Pembentangn bajet pada kali ini telah mendapat tentangan hebat dari Pakatan Harapan.

Mana tidaknya  jika dibaca satu persatu pembentangan bajet Barisan Nasional, boleh dikatakan tiada ruang dan sudut  boleh dikritik oleh pihak pembangkang. Seharusnya pihak pembangkang menerima bajet ini dan bersetuju untuk diluluskan.

Namun begitu apa yang telah berlaku adalah sebaliknya. Pihak pembangkang seramai 59 orang telah menolak bajet yang dibentangkan . Seharusnya rakyat sedar agenda pihak pembangkang  agar rakyat sentiasa tidak dapat menikmati hasil Negara bersama kerajaan.

Pembangkang yang diketuai oleh DAP lebih suka rakyat diletakkan dalam keadaan yang meminta minta kepada pemerintah sebagaimana dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang dan pada masa yang sama pemimpin terus merompak hasil negeri sewenangnya.

Dasar tidak tahu malu Pakatan Harapan terutama DAP terus diberikan bantuan  oleh kerajaan pusat dalam perintukan tebatan banjir atas dasar kemanusiaan dan sebagai tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat Pulau Pinang.

Jika dikirakan sebaliknya, sepatutnya  tiada bantuan diberikan setelah Pakatan Harapan menolak bajet untuk rakyat diluluskan. Sedangkan sebelum ini, Najib telah meluluskan 13 projek tebatan banjir bernilai RM1 bilion di Pulau Pinang.

DAP tidak mahu  menerima apa juga cadangan terbaik untuk rakyat. Setelah berlakunya banjir di Pulau Pinang dan setelah surutnya air banjir dan setelah berpuluh kontena bantuan sampai. DAP sudah bongkak semula dan menunjukkan taring kesombongannya.

Untuk melepaskan diri dari tanggungjawab yang dibebani keatas bahu Guan Eng, Guan Eng  dengan alasan yang paling bodoh sekali telah berkata bahawa kejadian banjir lumpur merah ini tiada kaitan dengan pemotongan cerun bukit.

Malah alasan yang tidak masuk akal bila Guan Eng mengatakan bahawa banjir ini disebabkan oleh air dari Negeri Kedah dan bukan berkaitan dengan alam sekitar dan juga cuaca.

Semalam, Lim Guan Eng masih lagi tidak mahu mengaku kesalahan diri sendiri. Dalam Dewan Undangan Negeri, semua wakil rakyat DAP mempertahankan habis habisan kejadian banjir bukanlah disebabkan oleh projek projek yang berlaku di cerun dan lereng bukit.

Bergaduh wakil rakyat DAP dengan PKR mengenai isu itu. Wakil rakyat DAP mula tuduh wakil rakyat PKR khianat kepada kerajaan DAP bila hadir sama dalam forum yang membincangkan alam sekitar itu. DAP sanggup bergaduh dengan rakan kongsi sendiri dalam kerajaan mereka untuk menutup kelemahan mereka.

Sekarang, Guan Eng dengan angkuhnya mengatakan bahawa kerajaan persekutuan tidak langsung memberikan bantuan terhadap mangsa banjir di Pulau Pinang. Kenyataan ini bertujuan adalah untuk memburukkan kerajan pusat.

Kenapa dengan begitu berani  Guan Eng bersuara kepada perkara yang tidak benar dan berbohong dalam dewan Undangan Negeri. Semua ini adalah kerana  beliau amat yakin dengan sokongan yang  dikuasainya dikalangan orang Melayu.

Dengan menjerut leher Melayu PPBM, PAN dan PKR, tugas DAP semakin mudah kerana DAP tidak perlu bersusah payah bertembung dengan Melayu UMNO dengan satu lawan satu kerana mereka hanya menunggang Melayu PPBM, PAN dan Melayu PKR untuk memecah belahkan Melayu Umno.

Sungguh bijak DAP memainkan peranan dan sebolehnya Melayu akan mereka pijak selepas mereka mendapat mandat untuk mentadbir Malaysia. Lihatlah bertapa kejamnya mereka mengatur strategi dan inilah alat mereka untuk menarik sokongan cina MCA untuk menyokong mereka.

Kini Melayu harus sedar, DAP sanggup membeli sebahagian dari kita demi mempertahankan perjuangan mereka. Pergeseran dan perbalahan antara Melayu kerana fahaman politik melampau telah membuka ruang kepada mereka untuk ‘menanguk di air yang keruh’ dan semahunya mereka mahu Melayu mengelar mereka Tuan kepada negara Malaysia nanti.

Dalam bantuan banjir pula DAP secara terangannya menafikan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan sebanyak  60 kontena yang diberikan oleh Kelab Putera 1Malaysia atas inisiatif UMNO yang diterajui Datuk Seri Najib.

Sumbangan yang diberikan dengan pantas ialah tilam, bantal, susu bayi dan kit penjagaan kebersihan yang diedarkan secara berperingkat bermula 8 November lepas.  Jika kita lihat betapa angkuhnya DAP dalam menguruskan  bencana alam dan mementingkan wang terlebih dahulu dari nyawa rakyat yang sedang terancam..

Bagai melepaskan anjing tersepit, digigitnya kembali tangan yang menyalurkan bantuan. Itulah pepatah paling sesuai menggambarkan perangai sebenar DAP di Pulau Pinang.  Susah hendak buat orang yang telunjuk lurus, kelinking berkait berterima kasih kepada tangan yang memberi.

Peringatan yang jelas kepada orang Melayu, 14 negeri yang mempunyai majoriti orang Melayu, jangan sesekali mengadaikan maruah kita sebagai bangsa Melayu bila diberikan janji –janji manis oleh DAP yang bersikap ‘ batu api’ kepada pergeseran orang Melayu.

Kepada Melayu PPBM, PAN dan Melayu PKR sedarlah perjuangan anda bersama-sama DAP hanya menguntungkan DAP sahaja, sedarlah kerana tak terpikul bebanan yang anda hadapinya nanti jika DAP sudah mula berkuasa. Janji mereka sebelum ini,adalah alat bagi meraih simpati palsu mereka yang akhir bangsa kita ditindas.

  • pru14.tv

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*