Tergerak Tanya Simpanan Pekerja Bangla,Apa Yang Dilihat Amat Mengejutkan..

Share This:

 

Menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperoleh adalah langkah penting dalam pengurusan kewangan peribadi.

 

Menyimpan duit menuntut disiplin dan komitmen yang tinggi kerana perbuatan ini perlu diulang setiap masa.

 

Seperti diceritakan oleh FB Azemi Ali (LINK) apabila melihat cara pekerja bangla ini menyimpan simpanan mereka.

 

Selesai urusan di Public Mutual Kuantan, saya bergerak balik ke kampung di Terengganu untuk jumpa ibu dan abang. Singgah untuk mengisi minyak. Saya dilayan oleh Bipul, seorang pekerja Bangladesh di Stesen Minyak Petronas Jalan Ubi Kuantan.

 

Tergerak untuk bertanya kepadanya ” Sudah lama kerja di Malaysia?”

 

” 9 tahun”

 

“Lamanya”

 

” Datang sini umur 21 tahun. Sekarang umur sudah 30.”

 

” Saya pernah jumpa pekerja Bangladesh di Madinah. Dia pandai cakap melayu. Tak mahu kerja di sana ” saya bertanya.

 

” Bukan semua orang boleh kerja di Mekah dan Madinah. Itu rezeki dia. Satu yang tak best kerja di Arab Saudi, tiada gaji minima. Semua ditentukan majikan. Kerajaan tak masuk campur. Nasiblah dapat 200 riyal sebulan. Bipul terangkan dengan panjang lebar.

 

Memang benar gaji pekerja Bangla di Saudi sekitar 200 Riyal. Saya pernah tanya seorang pekerja Bangla di Madinah.

 

” Di Malaysia ada gaji minima rm900. Gaji saya sekarang rm1,050. Tahun depan rm1,150. Naik gaji. Itu gaji basic”. tambah Bipul sambil tersenyum.

 

” Berapa OT sebulan?

 

” Dalam rm650″

 

Saya buat conggakan. Gaji Bipul rm1,700 sebulan.

 

“Sebulan berapa simpan?”

 

” Seribu lebih boleh”

 

Wah! Seorang pekerja Bangla boleh simpan rm1,000.00 sebulan. Setahun RM12,000. Dah 9 Tahun Di Malaysia, so dia dah ada RM108,000 !!!!!

 

Sebelum jumpa Bipul tadi, business partner saya maklumkan yang ada kawan beliau yang gaji rm8,000.00 sebulan tak mampu buat simpanan rm200.00 sebulan.

 

Apa beza mereka berdua ?

 

Gaji kecil simpan banyak, gaji besar tiada simpanan.

 

Bezanya cara fikir. Mentaliti.

 

Bipul orang dagang. Datang beribu-ribu kilometer jauhnya untuk cari nafkah. Setiap sen amat bernilai. Setiap sen yang diterima disimpan atau digunakan sebaik mungkin. Jika tidak disimpan rezeki hari ini, rezeki esok belum tentu.

 

Orang kita bergaji besar tidak buat simpanan kerana berada di tahap selesa. Merasakan setiap bulan gaji besar akan masuk akaun bank.

 

Biasanya mereka belajar tinggi dan bertungkus lumus masa belajar dulu. Bila bekerja mereka mahu tebus susah payah dahulu dengan kesenangan sekarang. Tiada istilah Tangguhkan Kepuasan (Delayed Gratification) bagi mereka. Semua mahu sekarang.

 

Jangan lupa ada ramai orang kita bergaji besar hilang sumber pendapatan bila ada VSS atau MSS. Lebih teruk bila mereka tiada simpanan.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*