Sempoi! Rita Ora Selamba Pakai Jubah Mandi Di Karpet Merah

Share This:

Selebriti dan busana mereka yang pelik-pelik ketika hadir di acara karpet merah memang tak dapat dipisahkan!


Terbaru, Rita Ora kelihatan seperti baru lepas mandi ketika menghadiri Anugerah Muzik Eropah MTV dengan hanya mengenakan jubah mandi berwarna putih serta kepalanya dililit dengan sehelai tuala. Mudahlah, tak perlu nak beria mendandan rambut.





Buang tabiat apa Rita ni? Memetik Mirror, Rita mengenakan gaun putih berbulu yang labuh. Dari gambarnya, kita boleh tahu yang dia tidak memakai baju dalam.


Selamba sahaja penyanyi lagu Body On Me itu berpakaian sedemikian ketika tiba di acara berkenaan. Siap dengan pose menunjukkan kakinya!





Walaupun hanya ‘berjubah mandi’, Rita tidak membiarkan wajahnya tanpa secalit mekap. Barang kemas juga tidak dilupakan! Walaupun tampil ‘selekeh’, aksesori perhiasan diri dan mekap itu penting tau!



Foto: Mirror



Sibuk melayan kamera, sekali pakaiannya buat hal pula! Tali pengikat pinggangnya melonggar sehingga nampaklah yang dia memakai pakaian renang di sebalik jubah itu. Pakai lagi pelik-pelik. Nasib baik tak terlucut terus jubah tu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*