Pengasas Laman Web Cari Jodoh Gay Bunuh Diri Terjun Bangunan

Share This:

 

Jutawan Henry yang merupakan pengasas laman web cari jodoh gay telah terjun dari tingkat 23, sedekad selepas teman lelakinya meninggal dunia dengan cara sama.

 

Menurut sumber,Henry terhempas di atas sebuah kereta limosin di sebuah hotel, Michelangelo Towers di Johannesburg, Afrika Selatan.

 

Dipercayai kedua-dua lelaki tersebut,pengasas bersama yang mengasaskan laman web cari jodoh untuk golongan gay itu.

 

Manakala,kekasihnya, Gary Frisch melompat dari balkoni sebuah bangunan di selatan London pada 2007 akibat pengaruh dadah dan mati 10 tahun yang lalu.

 

Menurut rakan-rakannya, Henry mengalami kemurungan.Dalam pada itu, seorang saksi, Khuthali Zondo berkata, dia sedang berjalan melintasi bangunan mewah berkenaan apabila melihat sesuatu yang mengejutkan dan menakutkan iaitu seorang lelaki terhempas di atas tingkap belakang sebuah kereta.

 

“Saya dengar bunyi bising dan lihat seseorang terhempas atas kereta. Kaca bertaburan dan darah pula mengalir ke jalan,’’ katanya.

 

Pasangan berkenaan sebelum ini memperolehi keuntungan dengan menghasilkan laman web Gaydar pada 1999. Henry dan Frisch telah bersama selama 15 tahun dan menubuhkan Gaydar selepas seorang rakan gay mereka menyatakan bahawa dia terlalu sibuk untuk mencari cinta.

 

Gaydar kini mempunyai enam juta ahli di 140 buah negara.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*