Nyanyian Sumbang Kalau Tak Pakai Kaca Mata Hitam ?

Share This:

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa penyanyi lagu Tergantung Sepi, Haqiem Rusli sering tampil berkaca mata hitam, kan?





Mana taknya, setiap kali membuat persembahan mahupun ketika sesi forografi, Haqiem, 19, kekal dengan imej sedemikian walaupun pada waktu malam.


Nak tahu apa jawapan Haqiem?

“Sebenarnya saya pernah cuba menyanyi tidak pakai cermin mata hitam dan memang saya gemuruh sangat sehingga nyanyian jadi sumbang.

“Ada juga yang tegur tetapi tanpa memakai aksesori ini memang saya tiada keyakinan,” jelasnya kepada mStar Online.





Setiap orang terutama selebriti ada gaya mereka tersendiri dan bagi Haqiem, cermin mata hitam dan sarung tangan adalah identitinya atau ‘trademark’ ketika berada di atas pentas.



Foto: IG Haqiem Rusli



Betul juga tu. Setiap orang ada kaedah tersendiri untuk tampil dan berasa lebih yakin ketika berada di hadapan khalayak. Tapi, lucu pula bila Haqiem kata nyanyiannya menjadi sumbang kerana tidak memakai cermin mata hitam.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*