Melayu DAP Guna Untuk “Screw” Melayu Sahaja, Jawatan Tertinggi Milik Chauvanist

Share This:

Memperbodohkan orang Melayu itu adalah kerja utama DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang dan Guan Eng. Memperbodohkan dalam banyak cara  terutama dengan melihar sikap dan  kecenderungan orang Melayu yang bakal menjadi sasaran mereka.

Kajian sikap DAP terhadap orang Melayu telah lama dilakukan tanpa henti. Sejarah 52 tahun DAP terus melakukan kajian dengan mempamerkan isu yang membolehkan  mereka memperbodohkan  minda orang Melayu yang mudah dicucuk hidung mereka.

Sudah menjadi lumrah DAP yang mana inginkan kuasa politik dan kuasa untuk menguasai ini berlaku sejak masuknya Kit Siang ke dalam DAP semasa menjadi Setiausaha politik  Ahli Parlimen Bangsar Dena Nair.

Dengan kelicikan Kit Siang , Devan Nair telah diarahkan pulang ke Singapura oleh Kuan Yew dan dijanjikan sebagai Ketua Menteri dan akhirnya  ditipu oleh Kuan Yew dan dibunuh karier politik Devan Nair dengan skandal untuk menjatuhkannya.

Jika kita lihat secara ringkasnya, Jika DAP sanggup membunuh karier politik pemimpin mereka sendiri yang bukan dari bangsa cauvanis maka  tidak hairanlah bagaimana mereka memanipulasikan isu  yang berkaitan penyertaan kaum dalam DAP.

Lihat sahaja bagaimana DAP memanipulasikan Barisan Nasional  dengan memecahkan  parti gabungan kepada satu satu parti yang berlainan dengan mengatakan bahawa MCA untuk Cina, MIC untuk India dan UMNO untuk Melayu.

Tapi pada hakikatnya DAP cuba menyembunyikan tindakan mereka yang ada di dalam Pakatan Harapan yang dikatakan gabungan tetapi  bertanding didalam pilihanraya dengan logo parti masing-masing.

Hal ini tidak berlaku di dalam Barisan Nasional yang mana  komponen yang terdiri dari kepelbagaian parti bertanding dengan satu logo iaitu dacing.

Jadi untuk memperbodohkan orang Melayu yang buta hati buta ilmu, mereka memecahkan komponen didalam Barisan Nasional menjadi  seakan parti yang berlainan dan konsep yang berlainan.

Dalam perkara ini DAP lupa bahawa didalam MCA terdapatnya juga Cina Mualaf yang bersama MCA memperjuangkan bangsa mereka. Begitu juga didalam MIC yang mana ada India Muslim yang berjuang sebagaimana MCA juga.  Dan Didalam UMNO sudah pastinya untuk bumiputera yang berbangsa Melayu dan Islam.

Dalam hal ini kunci pergabungan  diantara MCA, MIC dan UMNO adalah berteraskan sikap toleransi dan kerjasama yang  memberikan ruang untuk parti masing masing terus menikmati semangat kekitaan untuk membangunkan Negara.

Hal ini tidak ada didalam DAP atau gabungan Pakatan Harapan yang mana mereka akan mementingkan parti masing masing  dan bertanding berasingan  apabila tiba waktu pilihanraya. Mana-mana Parti yang menang banyak kerusi akan menjadi parti dominan dan bukan dikira sebagai gabungan.

Kebijaksanaan DAP memanipulasikan isu dan menjadikan orang Melayu sebagai lembu yang dicucuk hidung adalah matlamatnya. Dikala ini dengan kuasa dominan yang mereka miliki secara automatic DAP adalah pemutus keputusan dan bukan keputusan yang dibuat atas  persetujuan bersama.

Sepanjang sejarah selepas kemerdekaan, isu bagi mewujudkan hubungan harmoni antara kaum telah menjadi isu yang tiada titik noktah. Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar ke arah pembentukan integrasi nasional.

MIC , MCA dan UMNO terus mengembeling tenaga bersama untuk mencapai kemerdekaan Negara dengan begitu aman sekali sebelum kedatangan DAP pada tahun 1965. Kehadiran DAP  sebagai sebuah parti politik telah mengubah geopolitik  di Malaysia.

Dalam keharmonian itu, sebagai langkah awal MCA telah diserang oleh DAP sebagai sebuah parti yang mengabaikan kaum cina dengan dakyah politik yang disebarkan kepada masyarakat Cina oleh DAP dan ianya berterusan sehingga kini.

DAP terus mengambarkan bahawa mereka adalah sebuah parti yang berasaskan berbilang kaum. Namun pada  Persidangan Pemilihan  CEC yang telah berlangsung  kita dapat melihat tiada bangsa Melayu  atau India  dalam peratusan logic yang telah dapat menduduki kerusi CEC.

Persidangan CEC pada kali ini rata rata yang menduduki kerusi CEC itu adalah berketurunan Cina Chauvanis  dan calon calon Melayu hanya mendapat undi dibawah 50 sahaja. Sabotaj untuk kaum lain dari mendapat undi banyak seolah-olah dilakukan.

Jadi untuk memperbodohkan Melayu dengan menggunakan ayat berbilang kaum itu telah tercapai oleh DAP. Dap terus dan akan menggunakan dasar perkauman yang tersembunyi  dengan perkataan berbilang kaum.

Justeru itu,  orang Melayu harus sedar bahawa DAP bukan sebuah parti yang cukup baik dan tindakan yang besar kesilapannya apabila membuat sokongan kepada DAP. Untuk kesejahteraan Malaysia yang harmoni Barisan Nasional adalah pilihan yang terbaik.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*