Malam Jumaat Raf Berakhir Dengan Sesuatu Tak Dijangka..

Share This:

 

 

Saat-saat yang ditunggu setiap pasangan pada malam Jumaat seringkali dikaitkan dengan waktu yang terbaik untuk melakukan hubungan suami-isteri.

 

Harapan Raf Yaakob untuk bertemu isterinya pelakon Mawar Rashid sejurus pulang dari Stadium Panasonic berakhir dengan sesuatu yang tidak dijangka.

 

Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram Raf, sebaik sahaja sampai ke bilik hotel dia melihat Mawar dan anak sulung hasil perkahwinan pertamanya, Rayyan sudah tidur.

 

“Malam Jumaat EXPECTATION vs REALITY. Selepas saja nikah, Raf masuk bilik cepat-cepat salin baju.

 

“Sempat snap gambar katil pengantin yang romantic tu. Lepas itu terus bergegas ke Stadium Panasonic.

“Ada game penting dengan @o2fc for #SCL2017. We won 1-0! Lepas game sanggup tak join makan-makan ngan pemain sebab nak balik kat isteri tercinta.

 

“Pandu laju-laju dari Shah Alam ke Kuala Lumpur. Sampai saja bilik, tengok @mawarashid dan @rayyanchanelaraf dah tidur. Raf pun tidur terus,” kata Raf.

 

Foto tersebut telah mendapat lebih 25,000 tanda suka (likes) dan 537 komen daripada netizen.

 

Rata-rata netizen terhibur dengan kapsyen yang ditulis Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob.

 

“Kapsyen itu cerita pendek yang kelakar. Apa-apa pun tahniah buat kalian berdua.

 

“Adoi lawak la yang ini haha esok boleh cuba lagi. Semoga berjaya.

 

“Kapsyen win. Sweet sangat,” kata beberapa pengikut di laman Instagram Raf.

 

Raf yang juga adik kepada Datuk Fazley Yaakob telah melangsungkan majlis perkahwinannya bersama Mawar Rashid  di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*