Kes Rasuah : Lim Guan Eng Usah Berdalih Lagi

Share This:

Tuduhan ke atas Kerajaan Persekutuan mengatakan kerajaan tidak memberikan bantuan kepada Pulau Pinang untuk mengatasi masalah banjir dan tidak memberi bantuan kepada mangsa banjir bukti Ketua Menteri, Lim Guan Eng cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada kes rasuahnya. Pulau Pinang dilanda banjir besar sehingga melumpuhkan negeri itu pada 4 November lalu.

Bencana alam itu melanda selepas hujan lebat turun selama berhari-hari sehingga menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Guan Eng yang baru menang jawatan Setiausaha Agung DAP, mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menghulurkan sebarang bantuan.

Katanya, sehingga kini belum ada sebarang pengumuman bantuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas lawatan beliau ke Pulau Pinang, 7 November lepas.

Beliau sebenarnya sengaja tutup mata dan mahu rakyat memberi perhatian kepada tuduhan baru ini kerana banjir baru sahaja melanda Pulau Pinang dan baru sahaja pulih. Guan Eng tidak mahu ambil peduli berkenaan bantuan 60 kontena yang diberikan oleh Kelab Putera 1Malaysia atas arahan Najib.

Sumbangan yang diberikan dengan pantas ialah tilam, bantal, susu bayi dan kit penjagaan kebersihan yang diedarkan secara berperingkat bermula 8 November lepas.

Beliau perlu mencari sebab untuk berdalih kerana hari ini adalah tarikh pengurusan kes rasuah beliau dan ahli perniagaan, Phang Li Koon. Guan Eng dituduh dalam dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah serta sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.

Li Koon, ahli perniagaan itu pula didakwa Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo berkenaan.

Untuk melarikan diri daripada kecaman dan kritikan orang ramai pasal kes rasuah, Guan Eng mula berdolak-dalih dalam bab bantuan banjir ini supaya rakyat akan benci BN dan bukan persoalkan berkenaan kes rasuahnya. Guan Eng buat tidak tahu kepada pengumuman Najib meluluskan 13 projek tebatan banjir bernilai RM1 bilion di Pulau Pinang.

Sepatutnya, kerajaan DAP Pulau Pinang yang bertanggungjawab menguruskan pembangunan negeri dengan melaksanakan projek-projek untuk mengatasi banjir bukannya mengharapkan bantuan kerajaan pusat dan menyalahkan kerajaan BN.

Dalam hal tertentu, DAP mengatakan mereka terbaik dan hebat tanpa BN malahan mengutuk BN tapi dalam sesetengah hal apabila terdesak mahu bantuan daripada BN semata-mata mahu menutup kegagalan DAP mentadbir Pulau Pinang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*