Ke Laut, Mas Idayu Mengamuk Dengan Baby Shima

Share This:

Viral di media sosial kini dengan video dimana penyanyi Mas Idayu mengamuk, memarahi serta memberikan komen terlampau terhadap peserta D’Academy Asia 3 yang berasal dari Malaysia iaitu Baby Shima.

Mas Idayu yang merupakan juri tetap program tersebut tidak puas hati dengan kualiti nyanyian Baby Shima yang dikatakan hambar dan membuat banyak kesalahan didalam persembahan beliau.  Baby Shima menerima kritikan yang sangat agresif sehingga tidak dapat menahan emosinya dan menangis.

Rata-rata netizen mula mengecam Mas Idayu yang dianggap memalukan Baby Shima.

Tetapi, dalam ramai-ramai yang tidak puas hati dengan tindakan Mas Idayu, ada juga netizen yang menyokong apa yang dilakukannya.Kerana apa yang Mas Idayu cakap itu adalah berdasarkan pengalaman dan itu adalah sebuah pertandingan.

Foto:Hangat.com

Umum mengetahui Mas Idayu memang seorang yang tegas dan garang dalam mendidik anak muridnya. Masih ingat lagi tak Mas siap bawa rotan ketika menjadi mentor kepada Black dahulu?

Ini persembahan Baby Shima yang buat Mas Idayu mengamuk:

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*